• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dedikasi Lagu Laskar Pelangi Buat Mangsa Kebakaran

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSEMBAHANNYA yang memukau sewaktu Konsert AF Megastar Homecoming telah melayakkan Amir Jahari menjadi peserta Akademi Fantasia Megastar musim ini.

Amir Jahari akan mendendangkan lagu Laskar Pelangi dari kumpulan Nidji bagi konsert ketiga Konsert AF Megastar 2017.

Menerusi laman Facebooknya, Amir memberitahu lagu tersebut didedikasikan khas buat 23 mangsa yang telah terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Khamis lalu.

“Saya dedikasikan lagu Laskar Pelangi ini khusus buat 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Semoga roh mereka dirahmati Allah SWT.

“Juga buat keluarga dan yang tersayang mereka yang terpaksa melalui saat-saat sukar sebegini. Semoga doa kami dapat meringankan beban di hati mereka,” tulisnya.

Dengan tema ‘meraikan cinta dan kehidupan’, penyanyi lagu Aku Juga Manusia ini juga menujukan lagu tersebut kepada kesemua atlet Malaysia untuk Sukan Para ASEAN ke-9 yang akan membuka tirainya pada malam ini.

Dengar-dengarnya bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9 ini juga akan membawa para penonton menyelusuri negeri kelahirannya iaitu Sarawak dalam persembahan yang akan diadakan.

Persembahan pada malam ini akan menampilkan 11 bintang lain yang bakal bertarung mendendangkan lagu pilihan masing-masing. Antaranya ialah Syamel, Indah, Idayu, Bob, Marsha, Sufi, Adira, Shahir, Amir, Azhar dan Ewal.

Dalam pada itu, Amir turut menyeru peminat-peminat muzik tanah air untuk mengundi mereka yang bertanding kerana 40 peratus daripada markah adalah daripada hasil undian penonton.

Manakala 60 peratus lagi terletak di tangan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat selain juri jemputan mingguan.

Kalau nak tengok bagaimana lagu Laskar Pelangi didendangkan dalam versi yang baharu,  jangan lupa saksikan Konsert AF Megastar sebentar lagi! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amir JahariKonsert AF Megastar 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluar Banyak Lagu, Idayu Tak Mahu Nama Dilupakan

24/05/2018
0

BEKAS juara AF Megastar 2017, Idayu menegaskan bahawa tujuan mengapa dia sering mengeluarkan single baharu ialah disebabkan tidak mahu namanya...

Super Duper Talent! Idayu Tiru 30 Suara Artis Terkenal

15/02/2025
0

BARU-BARU ini tular sebuah video memaparkan juara Akademi Fantasia Megastar, Idayu Yaakob berjaya meniru kira-kira 30 suara penyanyi terkenal tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd