• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Buat Laporan Polis, Bela Anak ‘Bertuah’

oleh
27/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU rakaman video menyayat hati yang memaparkan seorang remaja lelaki bertindak kasar terhadap ibunya tular semalam sehingga mencetuskan kemarahan di hati orang ramai.

Dalam video tersebut, remaja terbabit dilihat bertindak melampau dengan memukul ibunya beberapa kali ekoran wanita itu gagal memenuhi permintaannya.

Baca: Video: Remaja ‘Tanggang’ Pukul Ibu Bertubi-Tubi

Walaupun dikecam hebat oleh masyarakat sehinggakan ada yang menyatakan hasrat mahu memukul remaja itu, anehnya ibu bapanya pula mempertahankan tindakan biadap anak lelakinya itu.

Menurut ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bapa kepada pelajar tersebut telah tampil membuat laporan polis.

Laporan itu dibuat berikutan rasa bimbang akan keselamatan diri serta ahli keluarganya selepas rakaman berkenaan tular dan mendapat kecaman teruk di laman sosial.

“Pengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu.

“Kemudian pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara bertanyakan mengenai video terbabit selepas ia tular di Facebook dan dikecam banyak pihak,” katanya memetik Harian Metro.

Jelasnya lagi, pengadu dan isteri dikatakan tidak mahu mengambil sebarang tindakan susulan terhadap anak ‘bertuah’ itu.

Ibu remaja itu pula, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius kerana hanya dipukul menggunakan tangan sahaja.

Sementara itu, terdapat juga seorang pengguna aplikasi wechat yang dikenali sebagai ManChai dilihat turut sama membela remaja berkenaan dengan mengatakan dia memahami mengapa remaja itu bertindak sebegitu.

Kata ManChai lagi, keluarga remaja lelaki itu merupakan jirannya dan dia tahu remaja itu diabaikan oleh ahli keluarganya sendiri sehingga terpaksa mengutip kotak dan bahan-bahan terbuang semata-mata mahu mencari duit poketnya sendiri.

“Mak bapak sendiri abaikan anak, bila anak memberontak salahkan pula anak,” tegas ManChai lagi.

Namun, perkara tersebut masih mendapat kecaman hebat daripada netizen di media sosial di mana rata-rata antara mereka menempelak tindakan itu.

Jika benar sekali pun remaja berkenaan mengutip kotak untuk sara diri tetapi tidak bermakna boleh menjadi alasan untuk dia melakukan tindakan seperti itu.

Bukankah syurga seorang anak itu terletak di bawah telapak kaki seorang ibu? – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: anak derhakakes pukultanggang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd