• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantahan Pemandu Teksi Sebabkan Pelancong Maut

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANTIAGO – Seorang pelancong Brazil yang mengalami serangan jantung maut selepas gagal mendapatkan rawatan segera apabila jalan masuk dan keluar di Lapangan Terbang Antarabangsa Santiago dihalang pemandu teksi yang membantah perkhidmatan Uber, Cabify dan aplikasi digunakan untuk mendapatkan penumpang.

Menurut seorang pegawai polis, mangsa dikenali Mario Irochi Suzuki, 65, dilaporkan rebah di tengah keadaan kelam kabut disebabkan pemandu teksi menuntut penggunaan aplikasi dimansuhkan kerana mendakwa ia dilaksanakan secara haram.

Pelancong Brazil itu baru tiba dari Chile dan terpaksa menunggu ketibaan helikopter polis untuk menghantarnya ke sebuah hospital namun disahkan meninggal dunia tidak berapa lama kemudian.

Ratusan pemandu teksi menghalang laluan masuk dan keluar di lapangan terbang berkenaan, memaksa penumpang berjalan sejauh tiga kilometer untuk ke terminal atau mendapatkan perkhidmatan pengangkutan lain jika ingin keluar.

Menurut ketua perkhidmatan pemandu teksi, bantahan akan diteruskan sehingga pihak berkuasa menawarkan cadangan penyelesaian yang konkrit bagi menggantikan aplikasi sedia ada.

Bantahan tanpa kebenaran pihak berkuasa itu berterusan selama hampir lima jam sehingga polis terpaksa mengalihkan teksi menggunakan trak tunda.

Syarikat penerbangan juga terpaksa menjadualkan semula penerbangan bagi membolehkan penumpang mempunyai masa untuk sampai ke terminal.

Kerajaan melalui timbalan setiausaha dalam negeri, mengumumkan tuntutan mahkamah telah difailkan terhadap mereka yang melanggar Undang-Undang Keselamatan Negara dengan menghalang jalan raya.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat Uber Chile, Felipe Contreras kecewa dengan apa yang berlaku dan menyatakan “kami tidak percaya bantahan seperti itu adalah cara terbaik untuk meminta perubahan.”

Pada 2002 persatuan pemandu bas menghalang jalan utama di Santiago selepas sistem pengangkutan kolektif baharu diumumkan. – BERNAMA

Tags: pemandu teksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

Penerima Prihatin Dikecuali Lalui Proses Permohonan Permai

15/02/2021
0

PUTRAJAYA - Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini akan dikecualikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd