• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir P.Pinang: ADUN Minta Bantuan Pusat

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – ADUN Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berharap kerajaan persekutuan dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini.

Beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan kerana banjir memberi kesan kepada rakyat dan ia perlu ditangani segera tanpa mengira fahaman politik.

“Kita perlu bekerjasama untuk manfaat rakyat, tidak mahu tuding menuding jari antara satu sama lain. Rakyat yang kena banjir bukan dari Pakatan sahaja.

“Oleh itu kita perlu laksanakan segera projek Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Pinang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jagdeep yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri berkata pihaknya memohon agar kerajaan persekutuan mempercepatkan projek tebatan berkenaan.

“Sungai pinang adalah satu sungai yang besar di negeri ini yang merentasi terutamanya kawasan bandar DUN (Dewan Undangan Negeri) saya dan Sungai Pinang sudah dikenal pasti sejak tahun 1990-an oleh kerajaan persekutuan yang perlu dilaksanakan Rancangan Tebatan Banjir.

“Projek ini ada empat Fasa. Fasa 1 ialah pada 1999 di mana di muara sungai ini telah pun diperbesar dan diperdalamkan. Apabila Fasa 1 habis dilaksanakan, ia langsung tidak diteruskan,” katanya.

Dikatakan banjir kilat di beberapa kawasan di bandar raya ini Jumaat lepas adalah disebabkan Taufan Doksuri yang menyebabkan berlaku taburan hujan luar biasa.

Sebanyak 100 kawasan di lima daerah di Pulau Pinang ditenggelami air dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd