• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kangar: Bukan Air Dari Empangan Timah Tasoh

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Kerajaan negeri Perlis menafikan dakwaan kononnya banjir di bandar Kangar dan kawasan sekitarnya berpunca dari air Empangan Timah Tasoh di Beseri dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Mat Rawi Kassim, berkata sebenarnya banjir berpunca dari air Sungai Gial yang masuk ke Sungai Repuh untuk aliran ke laut melalui Sungai Perlis tetapi terhalang apabila air Sungai Perlis penuh melimpahi tebing.

“Air Sungai Perlis penuh disebabkan air hujan dan menerima juga kemasukan air dari Sungai Santan dan Sungai Kechor menyebabkan parasnya tinggi dan tidak dapat menerima sebarang kemasukan air,” katanya.

Beliau berkata, aliran air Sungai Perlis ke laut pula perlahan kerana bertembung dengan air pasang besar sekali gus memudahkan berlaku banjir.

Mat Rawi menafikan dakwaan yang viral dalam media sosial kononnya bandar Kangar banjir disebabkan semua enam pintu Empangan Timah Tasoh dibuka sekali gus.

Katanya pintu empangan berkenaan hanya dibuka empat sahaja daripada enam pintu yang sedia ada walaupun air empangan berada pada paras bahaya iaitu 29.98 meter, melebihi paras bahaya 0.38 meter.

Mat Rawi berkata aliran air Empangan Timah Tasoh dialirkan melalui Sungai Korok dan Sungai Abi berhampiran sementara pintu ke Sungai Santan ditutup sepenuhnya bagi mengelak air masuk ke bandar Kangar.

Katanya, hanya limpahan air Sungai Korok dan Sungai Abi yang masuk ke Sungai Santan dan seterusnya ke bandar Kangar dalam pergerakan aliran masuk ke Sungai Perlis. – Bernama

Tags: banjir kilatPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd