• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 37 Penduduk Kampung Sungai Tepus Dipindahkan

oleh AK-47
04/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 37 penduduk Kampung Sungai Tepus di Bandar Baharu dekat Kulim dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu akibat banjir kilat malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim Leftenan Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata kesemua mangsa daripada keseluruhan 100 penduduk yang terjejas di situ terpaksa dipindahkan berikutan kediaman mereka dinaiki air selepas hujan lebat sejak lewat petang semalam.

“Paras air mula meningkat sekitar 7 malam, hasil pemantauan di kawasan terbabit mendapati kediaman penghuni berisiko dinaiki air dan arahan berpindah dikeluarkan di Kampung Sungai Tepus bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Hingga 11 pagi ini, kesemua mangsa masih kekal jumlahnya dan masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir walaupun air mulai surut di beberapa kawasan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Fadhil berkata penduduk di Taman Cahaya Nilam di Parit Nibong, Kampung Permatang Pasir, Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Kampung Tebuk Mat Rasid dan Perumahan Awam 1 dan 2 turut terjejas dengan kejadian itu, selain di kampung berkenaan. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd