• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan Pindah Baharu Penuhi Piawaian Keselamatan

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bangunan yang dipindah kegunaannya merupakan kelemahan utama bagi pusat tahfiz mematuhi piawaian keselamatan kebakaran apabila hanya tiga daripada 38 pusat tahfiz yang telah diperiksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di negeri ini, mematuhi piawaian tersebut.

Pengarah JBPM Negeri Melaka Kamarulzaman Malik Abdullah berkata syarat kelulusan piawaian keselamatan kebakaran untuk bangunan rumah kediaman, masjid dan pusat tahfiz adalah berbeza antara satu sama lain.

Beliau berkata hasil pemeriksaan itu mendapati kebanyakan pusat tahfiz di negeri ini beroperasi di rumah kediaman atau masjid, justeru bangunan itu perlu mematuhi syarat ditetapkan jika ingin beroperasi sebagai pusat tahfiz.

“Keperluan seperti laluan keluar yang selamat dan mencukupi perlu dipatuhi kerana rumah kediaman dan pusat tahfiz mempunyai syarat berbeza yang perlu dipatuhi khususnya dari segi aspek keselamatan kebakaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri program lawatan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Sazali Muhd Din ke Madrasah Darul Muttaqim di Krubong di sini.

Kamarulzaman berkata semua institusi tahfiz di negeri ini yang gagal mengemukakan pelan bangunan bagi pengoperasian pusat berkenaan perlu melakukannya dalam tempoh dua bulan dan sekiranya gagal institusi tersebut boleh diarah tutup serta-merta.

Sementara itu, Sazali berkata Skuad Bomba ditubuhkan di semua institusi tahfiz di negeri ini dan dianggotai pelajar institusi itu sebagai langkah persediaan bagi menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini termasuk kebakaran.

“Kita telah mengenal pasti pusat tahfiz atau sekolah agama swasta yang terdapat di negeri ini iaitu sebanyak 53 buah yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Melaka dan skuad bomba akan ditubuhkan di institusi berkenaan.

“Aspek pendidikan kebakaran adalah penting agar sekiranya berlaku sebarang kejadian terutamanya kebakaran di pusat tahfiz, pelajar terlibat tidak cemas dan dapat bertindak dengan bijak menggunakan pengetahuan asas yang diperoleh,” katanya.

Beliau juga berkata pusat tahfiz dan sekolah agama swasta di negeri ini akan dijadikan sebagai anak angkat JBPM Melaka agar aspek keselamatan sentiasa dititikberatkan dan dipantau bagi mengelak insiden tidak diingini.

Dalam pada itu, Pengerusi Madrasah Darul Muttaqim Amir Ali berkata walaupun pusat tahfiz yang telah beroperasi sejak lima tahun lepas itu dilengkapi alat pencegahan kebakaran seperti alat pemadam api dan alat pengesan asap namun aspek pengendalian peralatan berkenaan yang betul perlu didedahkan kepada pelajar.

“Daripada 80 pelajar tahfiz di sini, kita kini mempunyai 20 anggota skuad bomba. Kita amat berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana tidak meminggirkan pusat tahfiz ini sebaliknya memberi pelbagai bantuan bagi memastikan sistem pengajian di sini berjalan lancar dan selamat,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kini Hanya Selangkah Cipta Rekod Dunia Baharu

JDT Kini Hanya Selangkah Cipta Rekod Dunia Baharu

11/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini hanya selangkah untuk mencipta sejarah baharu...

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd