Friday, November 8, 2024

Creating liberating content

Elyana Sering Kejang Kaki,...

TUJUH tahun menanggung sakit membuatkan penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana bagaikan sudah lali...

Pelaksanaan PLKS Nelayan Ditangguh...

BAGAN DATUK - Pelaksanaan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk nelayan yang menggaji...

Bank Miliki Fleksibiliti Untuk...

KUALA LUMPUR – Pihak bank memiliki fleksibiliti untuk menentukan sumber pendapatan dan hutang...

Polis Rampas Kelopak Peluru...

KOTA KINABALU - Polis Sabah merampas tiga kelopak peluru M16 dan 30 peluru...

Bangkai Penyu Berselerak Di Pulau Bum-Bum

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah hari ini mengesahkan penemuan beberapa bangkai penyu yang terdampar di pantai di Pulau Bum-Bum, Semporna dekat sini.

Pengarahnya, Augustine Tuuga, berkata pegawainya di Tawau mendapat pengesahan mengenai penemuan itu selepas menghubungi penduduk kampung di Pulau Bum-Bum.

Masyarakat setempat turut merakam gambar bangkai penyu terbabit sehingga ia tular setelah tersebar menerusi media sosial, semalam.

Beliau berkata, pegawai terbabit sudah diarah membuat siasatan lanjut di pulau berkenaan termasuk pergi lokasi sebenar penemuan bangkai haiwan marin itu, hari ini.

“Berdasarkan pengakuan penduduk itu yang mengakui mengambil gambar bangkai penyu berkenaan, kita menganggap ia adalah benar (bangkai penyu terdampar di Semporna).

“Tindakan sekarang ialah untuk pergi ke lokasi dan membuat pengesahan serta menentukan berapa banyak penyu yang mati. Berdasarkan gambar yang tersebar itu, ia adalah penyu hijau,” katanya ketika dihubungi.

Gambar yang tersebar di laman sosial sejak semalam menunjukkan beberapa ekor penyu dengan keadaan perutnya terdedah, terdampar di tepi pantai berkenaan.


Punca kematian haiwan marin terbabit termasuk sama ada ia dibunuh atau faktor alam sekitar namun belum lagi dapat dipastikan.

Pada awal 2014 lalu, kira-kira 60 bangkai penyu ditemui terapung di perairan Pulau Tiga, Kudat, manakala empat lagi ditemui terapung di Pulau Bum-Bum, Semporna.

Pada Mac 2015 pula, pihak berkuasa menemui 19 bangkai penyu hijau di Pulau Tiga di utara Pulau Balambangan dan Banggi dekat perairan Kudat.

Ia dipercayai cuba diseludup secara hidup melalui laut, namun gagal berbuat demikian berikutan kekerapan rondaan pasukan keselamatan. – BH ONLINE

Kategori