• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas! Sehingga 20 Kesalahan Lalu Lintas Ditambah

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyenaraikan tambahan sehingga 20 kesalahan jalan raya di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata buat masa ini, hanya dua kesalahan diletakkan di bawah Awas iaitu membawa kenderaan melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Selain dua kesalahan tersebut, Liow berkata kesalahan lalu lintas lain seperti memotong di garisan berkembar serta memandu di lorong kecemasan akan dikuatkuasakan secara berperingkat selepas kajian dijalankan oleh kerajaan.

“Sistem kami perlu dikemas kini dari semasa ke semasa bagi menangani ciri-ciri tambahan dan pada masa ini, kami sedang dalam proses menyenaraikan kesalahan-kesalahan satu demi satu.

“Ia mengambil sedikit masa tetapi kami akan menyenaraikan sehingga 20 kesalahan menjelang akhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan 3M Malaysia Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Perjanjian itu merupakan kerjasama antara kedua-dua pihak berhubung keselamatan jalan raya.

Sistem canggih Awas, yang dilancarkan April lepas, dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dengan melibatkan penggunaan kamera litar tertutup dibantu sistem IT bagi mengenal pasti dan mengesan semua pesalah jalan raya dalam masa yang singkat.

Melalui sistem ini, pesalah akan diberi amaran, kompaun, digantung lesen akan akhirnya disenarai hitam akibat kesalahan melanggar peraturan lalu lintas seperti memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

Liow berkata objektif utama bukan untuk menghukum pengguna jalan raya tetapi menekankan kepada usaha mengurangkan kes kemalangan maut.

“Kami mahu sistem ini mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berdisiplin dan mematuhi had laju yang ditetapkan dan peraturan lalu lintas. Justeru, langkah ini akan mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut di jalan raya,“ katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd