• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli UMNO Usah Amal Budaya Jatuh Rakan Dalam Parti

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mengingatkan anggota UMNO agar tidak mengamalkan budaya menjatuhkan rakan dalam parti semata-mata ingin dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kalabakan berkata anggota yang berhasrat menjadi calon perlu bekerja keras dan turun padang mendekati rakyat daripada menjatuhkan dan memfitnah rakan seperjuangan dalam parti.

“Bekerja keras dekati rakyat, ini adalah antara kriteria calon yang dinilai oleh pucuk pimpinan parti Presiden Parti UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Bukannya menghasut dan memburuk-burukkan orang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ghapur turut kesal dengan tindakan seorang individu di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik memasang papan tanda penuh pelbagai dakwaan negatif ke atas Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho.

Ghapur berkata, dakwaan yang dilemparkan itu sebagai tidak berasas dan bermotifkan agenda peribadi. -BERNAMA

Tags: Anggota UMNODatuk Seri Abdul Ghapur Salleh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota UMNO Tidak Boleh Terlibat Dalam PRK PD

30/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan jentera UMNO Bahagian Telok Kemang tidak boleh mengambil bahagian...

Anggota UMNO Perlu Kembali Kepada Semangat Perjuangan

30/06/2018
0

MARAN - UMNO sukar untuk ditewaskan jika setiap anggotanya mengamalkan prinsip persaudaraan dan kesetiaan seperti semangat perjuangan menentang Malayan Union...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd