• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Tidak Boleh Terlibat Dalam PRK PD

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan jentera UMNO Bahagian Telok Kemang tidak boleh mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, walaupun ada yang menyokong calon tertentu.

“Sebagai jentera di bahagian, mereka tidak boleh mengambil bahagian kerana kita memboikot PRK tersebut atas asas kita tidak suka cara PRK itu diadakan. Itu sebab kita kena betul-betul faham perkataan boikot,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan calon bebas PRK berkenaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mendakwa pemimpin UMNO Bahagian Teluk Kemang bersetuju beliau bertanding di Port Dickson.

PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS dan lima calon bebas termasuk Mohd Isa dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen itu dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 Sept lepas untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Ditanya tindakan yang akan diambil sekiranya anggota UMNO turun berkempen pada PRK itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu berkata ia akan diputuskan kepimpinan parti.

Bagaimanapun, Mohamad Hasan berkata anggota UMNO bahagian itu bebas mengundi siapa sahaja pilihan mereka dalam PRK pada 13 Okt itu. – BERNAMA

Tags: Anggota UMNOPRK Port Dickson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd