• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Mati Dalam Tahanan: Ibu Dapat RM184,000

oleh AK-47
30/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan ganti rugi berjumlah RM149,000 kepada seorang ibu yang anaknya meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada 2012, setelah memutuskan bahawa kematian itu disebabkan kecuaian polis.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed turut memerintahkan kesemua defendan termasuk ketua polis negara ketika itu Tan Sri Ismail Omar, ketua pengarah Rela ketika itu, Datuk Mustafa Ibrahim, kerajaan Malaysia, 12 anggota polis dan dua anggota Rela supaya membayar kos RM35,000 kepada ibu mangsa Lim Gaik Suan, 71, dan kakak mangsa Cheah Saw Imm, 51.

Dalam keputusannya Abdul Wahab berkata si mati (Cheah Chin Lee) berada dalam kawalan defendan pada masa berkenaan dan menjadi kewajipan bagi pihak defendan untuk memastikan si mati tidak mempunyai apa-apa kecederaan.

Abdul Wahab turut membenar tuntutan ganti rugi kepada kedua-dua plaintif — Lim dan Cheah Saw — iaitu ganti rugi tanggungan sebanyak RM114,000, kos pengebumian RM15,000 dan ganti rugi teladan RM20,000.

Pada September 2015, kedua-dua plaintif berkenaan menfailkan saman terhadap 17 defendan itu dengan mendakwa kematian si mati disebabkan kecuaian defendan.

Pada Mac tahun lalu, Koroner L. Umma Devi yang mendengar inkues berhubung si mati memutuskan bahawa kematian itu disebabkan si mati menggantung diri.

Cheah yang ditahan polis pada tengah malam 13 Ogos 2012 bagi membantu siasatan polis berhubung kes curi motosikal ditemui mati tergantung lima jam selepas ditahan di lokap Balai Polis Tanjung Tokong.

Sementara itu Lim ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur terhadap keputusan mahkamah dan menegaskan bahawa anaknya bukan membunuh diri.

Kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Rahazlan Afandi Abdul Rahim. – BERNAMA

Tags: MATITahanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd