• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

98,000 Penduduk P.Pinang Bakal Terjejas Bekalan Air

oleh AK-47
12/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Seramai 98,000 penduduk di 51 kawasan di negeri ini dijangka berhadapan masalah bekalan air bersih selama 12 jam bermula pukul 10 malam pada 17 September ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PBA Holdings Bhd. (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seramai 46,000 daripada penduduk Pulau Pinang terbabit akan mengalami masalah ketiadaaa bekalan air, manakala 52,000 lagi bakal mengalami masalah tekanan air rendah.

“Kami menasihati semua pengguna yang terjejas untuk menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan dari pukul 10 malam pada 17 September 2017 hingga pukul 10 pagi keesokannya,” katanya.

Jaseni berkata, masalah bekalan air bersih itu disebabkan kerja-kerja pemasangan injap pengurang tekanan (PRV) pada saluran paip keluli lembut 600mm di Jalan Pekan Darat, Seberang Prai Utara.

Kata beliau, kerja-kerja tersebut dilakukan bagi mengurangkan kejadian pecah paip, kebocoran bawah tanah dan kehilangan air tanpa hasil (NRW).

Jelas beliau, kejadian paip pecah dan kebocoran bawah tanah berlaku kerana PBAPP mengepam air terawat dengan tekanan yang lebih tinggi dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kata beliau, ia bertujuan memenuhi permintaan air yang semakin meningkat di Seberang Prai dan Pulau Pinang dan ia juga delaras dengan dasar “tiada catuan air” kerajaan Pulau Pinang.

“Sungguhpun tekanan tinggi menyalurkan lebih banyak air dengan pantas melalui saluran paip utama.

“Ia secara tidak sengaja menyebabkan pecah paip, kebocoran bawah tanah dan kerugian NRW yang lebih tinggi dalam saluran paip yang lebih kecil di kawasan sekitarnya,” katanya.

Kawasan di jangka terjejas adalah seperti berikut:

– Seberang Prai Utara

Pasir Gebu, Permatang Gawa, Jalan Kuala Muda, Taman Kuala Muda, Bakau Tua, Pulau Mertajam, Permatang Keriang, Kota Aur, Permatang Bendahari, Jalan Rantau Panjang, Kampung Sungai Kedak, Kampung 20 Permatang Rawa Tepi Laut, Kampung Gurun, Kampung Tok Loba, Permatang Pak Elong, Permatang Sintok, Jalan Butterworth, Permatang Pak Maras, Jalan Permatang Rambai, Lahar Ikan Mati, Jalan Lahar Kepar, Kampung Lahar Kepar, Kampung Padang, Jalan Permatang Kuang, Kuala Bekah, Taman Kuala Bekah, Penaga, Taman Penaga Permai, Taman Penaga, Rumah Murah Penaga, Jalan Bakar Kapor, Kampung Padang Tembusu, Jalan Bawah Penaga, Kampung Lembah Penaga, Kampung Permatang Janggus Penaga, Jalan Lahar Minyak, Kampung Lahar Minyak, Jalan Guar Kepah, Pengkalan Bongor, Permatang Kabu dan Permatang Tok Berin.

– Butterworth

Jalan Sheikh Madar, Telok Air Tawar, Taman Sejahtera, Jalan Tengku Putra, Jalan Bagan Belat, Jalan Padang Benggali, Taman Air Tawar Indah, Taman KGN Telok Air Tawar, Jalan Telok Air Tawar, Titi Mukim Telok Air Tawar. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd