• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

66 Kes Tindakan Tatatertib Penjawat Awam Bagi 2016

oleh Ahmad Albab
28/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebanyak 66 kes tindakan tatatertib diambil terhadap penjawat awam di seluruh negara sepanjang tahun lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), iaitu kurang dua kes daripada tahun sebelumnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sembilan kes membabitkan kesalahan tidak hadir bertugas, 28 kes kesalahan tatakelakuan dan 29 kes kesalahan jenayah.

“Walaupun jumlah kes tindakan tatatertib menurun sedikit, (namun) ia menunjukkan perkembangan di mana ketua-ketua jabatan sekarang lebih tegas mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya SPA 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan, SPA diberi kuasa untuk menjalankan kawalan dan menguruskan tindakan tatatertib dengan tujuan proses buang kerja atau turun pangkat bagi Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Sehubungan itu, Entulu berkata penjawat awam perlu berkhidmat dengan ikhlas dan setia selain perlu sentiasa menjaga tatakelakuan dan integriti bagi mengelak daripada dikenakan hukuman tatatertib.

“Sekiranya dikenakan tindakan tatatertib dan dibuang kerja, peluang untuk berkhidmat semula dalam perkhidmatan awam sangat tipis,” katanya.

Entulu juga menasihatkan mereka yang memohon untuk bekerja dalam perkhidmatan awam supaya membuat persediaan untuk menghadapi temuduga dan peperiksaan bagi membolehkan mereka terpilih.

“Anak muda perlu banyak berinteraksi bagi membina keyakinan mereka jika tidak bagaimana hendak berdepan dengan penemuduga. Selain itu, mereka perlu bersedia dalam ilmu pengetahuan am, jika tidak bagaimana hendak menjawab soalan yang dikemukakan,” katanya.

Karnival Kerjaya SPA itu dari 9 pagi sehingga 5 petang ini bertujuan menerangkan peranan SPA serta memberi peluang kepada orang awam mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kerjaya dalam perkhidmatan awam. – BERNAMA

Tags: Penjawat AwamSPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd