Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Profesor Mirip Albert Einstein...

SEORANG profesor warga asing yang mengajar di Universiti Pertanian dan Perhutanan di Fujian...

Polis Keluar 224 Saman,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 57 motosikal disita manakala 224 saman dikeluarkan dalam op...

Pelancong Taiwan Mati Lemas...

LANGKAWI - Seorang pelancong Taiwan dijumpai mati lemas di Tasik Pulau Dayang Bunting...

PH Komited Teruskan Agenda...

KUCHING - Pakatan Harapan (PH) komited dan akan meneruskan agenda penurunan kuasa dan...

6 Disember Sebutan Kes Cedera Rakan Mangsa Buli

GEORGE TOWN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 6 Disember depan untuk sebutan semula kes empat remaja lelaki yang menghadapi pertuduhan mencederakan T.Preevin,19, yang merupakan rakan kepada mangsa buli yang mati dibunuh T.Nhaveen.

Hakim Irwan Suaibon menetapkan tarikh itu selepas mahkamah dimaklumkan laporan perubatan masih belum lengkap.

Pada 19 Jun lepas, J.Ragesuthen, 18, dan S.Gokulan, 18, serta dua lagi remaja lelaki didakwa melakukan perbuatan itu secara bersama di antara 11 malam hingga 12 tengah malam berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Gelugor dekat sini pada 9 Jun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Empat remaja itu yang kini ditahan di Penjara Juvana Sungai Petani turut berdepan dengan dakwaan membunuh Nhaveen di mahkamah majistret di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul.


Nhaveen, 18, cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, dekat sini, sehingga mati otak selain mengalami kecederaan di bahagian dubur.

Rakannya, Previin dilapor turut dipukul oleh kumpulan berkenaan menggunakan topi keledar namun sempat melarikan diri bagi mendapatkan bantuan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • buli

Kategori