• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

27 Tahun Bersusah Payah Demi Bekalan Air

oleh Ahmad Albab
03/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAIPUR (India) – Kampung Saja Pahad adalah satu komuniti terpencil di negeri Chhattisgarh yang mengalami masalah kekurangan sumber air sejak sekian lama.

Memiliki hanya dua perigi, penduduk tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk ternakan mereka apatah lagi untuk mengairi tanaman.

Penduduk tidak tahu apa patut dilakukan dan kerajaan pula mengabaikan rayuan mereka tetapi seorang remaja ‘gila’ menangani masalah itu seorang diri.

Shyam Lal baru berusia 15 tahun apabila dia mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Dia mencari satu kawasan sesuai berhampiran hutan dan mula menggali kolam bagi menjadi lokasi tadahan air untuk digunakan seluruh kampung.

Pada mulanya, penduduk kampung mentertawakan usaha anak muda itu dan mereka menganggap tindakan Lal sebagai gila.

Selepas 27 tahun, Lal yang kini berusia 42 tahun dianggap sebagai wira oleh penduduk kampungnya.

Lubang kecil yang digali Lal menggunakan alat tradisional itu kini berkeluasan 0.4 hektar dan sedalam lima meter yang penuh dengan air, cukup untuk digunakan penduduk kampungnya.

“Tiada siapa yang membantu saya, sama ada kerajaan atau penduduk kampung,” kata Lal kepada Hindustan Times.

Kisah Lal menjadi inspirasi selepas tular di Internet sehingga kerajaan menghargai sumbangannya dan menghadiahkan wang tunai. – Agensi/mymetro Online

Tags: airIndia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd