• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Unit Rumah Setinggan Di Wakaf Mek Zainab Musnah

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dua puluh unit rumah setinggan di Wakaf Mek Zainab di sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 2.45 pagi tadi, menyebabkan 30 mangsa tinggal sehelai sepinggang.

“Lima belas unit rumah setinggan tersebut mempunyai penghuni manakala lima lagi tidak berpenghuni.

“Seramai 26 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas pihak kami menerima panggilan pada pukul 2.52 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zaini berkata 10 unit rumah setinggan yang dibina menggunakan kayu  telah musnah ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian.

“Kediaman yang disewa itu dibina berdekatan antara satu sama lain dengan keluasan 10×15 menyebabkan api cepat merebak…api dapat dikawal dalam 45 minit namun kesemua 20 unit kediaman itu tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran  serta jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya. – Bernama

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd