• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujudkan Ekosistem Pendidikan Yang Baik – Amar

oleh Ahmad Albab
20/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKAH – Sarawak akan mewujudkan ekosistem yang baik bagi mendekatkan anak-anak negeri ini dengan ilmu dan penerokaan ilmu yang baharu, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, ia merupakan satu daripada inisiatif untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri termaju pada 2030 nanti.

“Kita hendak mewujudkan masa depan yang cerah supaya anak-anak Sarawak setanding dengan anak-anak dunia,” katanya sambil menambah penekanan akan diberikan ke atas pendidikan yang lebih berhemah dan mempunyai teknologi terkini.

Dengan adanya kepakaran di dalam bidang teknologi yang tinggi, anak-anak Sarawak kelak, mampu menjalankan penyelidikan berteknologi tinggi ke atas sumber alamnya yang kaya bagi menghasilkan produk-produk yang baharu, katanya.

Abang Johari berkata demikian semasa majlis perasmian Negaraku Sehati Sejiwa peringkat Negeri Sarawak di Dataran Pehin Setia Raja di sini hari ini.

Menurut beliau, ekonomi Sarawak kini sudah berintegrasi dengan ekonomi serantau dan dunia, maka anak-anak Sarawak hendaklah mempunyai minda bertahap global di dalam usaha untuk mendirikan anak bangsa dan membangunkan negeri ini agar setanding dengan negeri-negeri lain.

Beliau berkata, kerajaan akan mampu memberikan fokus kepada pembangunan di negeri ini bagi memboolehkan rakyatnya yang berbilang bangsa dapat mengekalkan silaturrahim dan perpaduan yang kukuh sehingga mendapat pengiktirafan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, apabila sudah menjadi sebuah negeri yang maju nanti, Sarawak akan mampu menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

Bagi memeriahkan majlis itu, turut diadakan persembahan nyanyian patriotik, upacara mengibar Jalur Gemilang dan pelepasan Konvoi Jalur Gemilang.

Turut hadir isteri Ketua Menteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang. – BERNAMA

Tags: Pendidikansarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang paling penting dalam menentukan hala...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd