• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

World #QuranHour: Ayat Suci Iringi Hari Kemerdekaan

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tarikh 31 Ogos setiap tahun merupakan hari bersejarah buat negara kerana merupakan ulang tahun kemerdekaan yang disambut meriah rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Namun, pada tahun ini tarikh itu memberi makna yang lebih dalam kepada rakyat Malaysia apabila program pembudayaan bacaan al-Quran, atau lebih dikenali sebagai World #QuranHour turut diadakan serentak hari ini.

Ini bersempena dengan tarikh wukuf 9 Zulhijah di Arafah dan mengambil keberkatan 10 hari pertama bulan Islam terakhir dalam takwim Hijrah itu yang secara kebetulan jatuh serentak dengan tarikh kemerdekaan Malaysia.

Bertemakan ‘Dunia Berbudi dan Penyayang‘, program pembacaan al-Quran selama sejam oleh umat Islam di seluruh dunia itu bertujuan untuk mempromosikan budaya bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian.

Bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak dekat sini yang dipilih sebagai lokasi perdana, dianggarkan seramai 3,000 umat Islam hadir memeriahkan program itu.

Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Program tahunan berkenaan dimulakan pada pukul 12 tengah hari menerusi bacaan surah al-Fatihah oleh Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim sendiri.

Ia disusuli pula dengan bacaan surah al-Baqarah ayat satu hingga lima oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Program itu seterusnya disusuli dengan sesi Solidariti Ngaji yang memberi peluang setiap orang membaca al-Quran seorang satu muka surat sehingga khatam 30 juzuk dalam tempoh lima minit.

Kemuncak acara ialah Solidariti Interaksi Surah Yasin dipimpin 21 pembawa panji Yasin dengan membawa mesej setiap orang memainkan peranan dalam menjadikan nilai al-Quran sebagai tindakan bersama.

Terdapat empat lokasi penganjuran World #QuranHour seperti Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM; padang Arafah, Arab Saudi; 750 lokasi seluruh negara dan di 50 buah negara di seluruh dunia.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: #QuranHourAl-Quran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Eric Lim Sian See memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwanya menyunting dan...

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd