Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

KBS Tetap Bantu Peng...

MUAR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetap akan membantu beregu campuran utama...

Tanggal Seluar Di Tapak...

GARA-GARA bersikap keterlaluan di sebuah tapak warisan arkeologi di Mexico, Justin Bieber dan...

Undi PH Untuk Terus...

PUTRAJAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi di Tanjung...

Hidup Senang Bebas Hutang…...

Membina masa hadapan menggunakan wang adalah seperti membina rumah. Anda tidak boleh membina...

Video: Dah Buat Salah Lagi Mau ‘Serang’ Pak Guard…

TULAR di media sosial apabila satu video yang berdurasi 2 minit 44 saat yang memaparkan pergaduhan akibat salah faham mengenai parkir.

Video ini telah mendapat lebih daripada 50 ribu views di laman YouTube semalam.

Video berkenaan menunjukkan seorang lelaki sedang membuka clamp tayar motornya gara-gara tidak mahu membayar denda.

Dikatakan lelaki itu telah melakukan kesalahan dengan meletakkan motosikalnya di kawasan koridor yang mempunyai tanda “NO MOTORCYCLE PARKING ALLOW” (DILARANG MELETAKKAN MOTOSIKAL DI SINI).

Apabila ditegur oleh pengawal keselamatan yang berada di situ, lelaki tersebut mula marah dan cuba untuk menyerang pengawal keselamatan yang hanya menjalankan tugas pada waktu itu.

Lelaki itu juga memberikan amaran kepada pengawal keselamatan yang merakam videonya.


“Lu lagi tangkap, gua pukul lu susah. Lu sudah ada gambar tak mahu settle lagi,” gertak lelaki tersebut.

Lelaki itu turut berang apabila mendapati ada yang merakamkan kejadian tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Bayan Lepas, Pulau Pinang dua hari lalu. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori