Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Euro 2020: Sterling, Kane...

LONDON - England mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0...

1 Mei Tarikh Lihat...

KUALA LUMPUR : Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1...

Emas Malaysia ‘Dirompak’ Indonesia...

KUALA LUMPUR - Tindakan saat-saat akhir kem Indonesia membuat bantahan dengan pertaruhan sebanyak...

JDT, PDRM Mara Ke...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Polis...

UTM Boleh Perbaiki Kedudukan Antara Terbaik Dunia

JOHOR BAHRU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh percaya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh melakukan pelbagai lagi perkara dalam memperbaiki kedudukannya sebagai antara universiti terbaik dunia.

Beliau berkata, UTM ketika ini berada pada tangga ke-253 bagi universiti terbaik dunia dan dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi, ia menyasarkan untuk menduduki tangga ke-200 terbaik dunia.

“Secara keseluruhan, saya berbangga dengan UTM dan saya rasakan banyak perkara boleh dibuat lagi kerana apa yang dilakukan sekarang, baru 30 peratus daripada kapasiti mereka (UTM). Jadi, ada 70 peratus lagi baki.

“Tambahan pula, UTM mempunyai profesor-profesor yang hebat dan mereka boleh menjadi antara universiti terbaik dunia seperti yang diharapkan dalam piagam mereka,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Idris melawat Pusat Kecemerlangan Inovasi, Media dan Permainan Digital (MaGICX) di universiti terbabit yang menempatkan bilik kuliah masa hadapan dan UTM-Huawei iLearning Cloud Showcase.

Bilik kuliah itu yang dibangunkan dengan kerjasama Cisco System Malaysia menggunakan teknologi Realiti Maya (VR) dan Cisco SPARK bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih interaktif seperti berada dalam situasi sebenar dan pada masa sama, dapat berinteraksi dengan pensyarah atau pakar yang berada di tempat lain dalam masa nyata.

UTM-Huawei iLearning Cloud Showcase pula dibangunkan bersama Huawei Malaysia dan menggunakan teknologi Pengkomputeran Awan dan Big Data untuk membantu pelajar berinteraksi dengan kandungan pembelajaran yang bersesuaian dengan trend digital terkini melalui gajet dan capaian internet.


Selain MaGICX, Idris juga melawat Makmal Aeronautik UTM bagi melihat kejayaan para penyelidiknya dalam menghasilkan bahan pendorong untuk menghasilkan daya tujah roket yang sangat sukar diperolehi dari negara luar.

Beliau juga berkesempatan merasmikan bangunan Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Termaju (AMTEC) UTM  yang menjalankan penyelidikan peringkat antarabangsa berimpak tinggi tajaan Kesatuan Eropah (EU) serta menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara AMTEC dan Makmal Aeronautik dengan Lestari Advance Technology Sdn Bhd (LATSB).

Perjanjian itu membolehkan AMTEC dan LATSB membangun dan mengkomersilkan produk teknologi membran untuk penyahgaraman air laut bagi kegunaan komuniti dan industri, manakala Makmal Aeronautik pula akan bekerjasama dengan LATSB untuk aktiviti pengkomersilan bahan dorongan untuk industri aeroangkasa berasaskan teknologi roket.

Memorandum persefahaman itu ditandatangani Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar dan LATSB diwakili oleh Pengarah Urusannya, Ahmad Joahari Abu Bakar. – BERNAMA

Kategori