• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTM Bangunkan Alat Pengesan Gempa Bumi Awal

oleh Mohd Arshad
14/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
UTM Bangunkan Alat Pengesan Gempa Bumi Awal
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan alat pengesan gempa bumi dinamakan sebagai ‘Wireless Accelerometer’ yang memberi siren amaran kepada penghuni di dalam bangunan untuk menyelamatkan diri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wireless Accelerometer itu dibangunkan sekumpulan penyelidik dari Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Seismologi dan Kejuruteraan Gempa Bumi (eSEER), Fakulti Kejuruteraan Awam UTM diketuai Ts. Dr. Mohd. Nur Asmawisham Alel.

Menurut Mohd. Nur Asmawisham, alat pengesan gempa bumi yang dipasang pada struktur bangunan itu bagi mengesan kehadiran gegaran bumi.

“Alat ini dicipta bagi mengesan kehadiran fenomena gempa bumi berdasarkan gegaran yang dirasai pada struktur bangunan seterusnya bertindak mengeluarkan bunyi siren amaran supaya penghuninya keluar menyelamatkan diri.

“Ia ini juga akan menghantar mesej kepada semua agensi berkaitan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membolehkan agensi-agensi tersebut menggerakkan kekuatan masing-masing ke lokasi kejadian.

“Ini bagi memudahkan pasukan penyelamat dan mengesan punca gegaran secara tepat tanpa membazir waktu dan sumber seterusnya dapat menyelamatkan nyawa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sejak 2007 hingga 2015, Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) telah merekodkan sebanyak 31 gegaran bermagnitud rendah di negara ini.

Malah, Malaysia juga pernah berhadapan dengan gempa bumi berukuran 6 magnitud pada 2015 di Ranau, Sabah yang telah mengorbankan 18 orang.

Bersandarkan rekod, data dan fakta, beliau berkata, walaupun Malaysia masih dikategorikan sebagai negara yang terletak di luar Lingkaran Api Pasifik, seharusnya negara perlu berwaspada dengan ancaman gempa bumi yang dilihat amat kerap berlaku di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

Beliau berkata, alat tersebut diupayakan dengan menggunakan tenaga solar sebagai tenaga utamanya supaya ia dapat berfungsi sepenuh masa tak khuatir terputus bekalan elektrik ketika bencana berlaku.

“Alat ini juga boleh berfungsi untuk terus menghantar data kepada agensi berkaitan untuk kerja-kerja menyelamat dan analisis data,” katanya.

Tambahnya, alat tersebut dibangunkan dalam sejenis kotak diperbuat daripada logam yang juga berfungsi sebagai pelindung daripada kerosakan akibat gegaran gempa bumi.

-Utusan Online

Tags: Alatgempa bumiUTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd