• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Semporna Masih Utuh, Setia Kepada Parti

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – UMNO Semporna masih utuh dengan 459 cawangan yang setia kepada parti dan kepimpinan sedia ada, kata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Sakaran.

Katanya sekalipun Bahagian itu pernah berdepan krisis sehingga didakwa terkubur apabila kononnya 350 cawangan keluar parti, perkara tersebut tidak mematahkan semangat anggota yang terus berusaha mendekati dan membantu rakyat.

“UMNO Semporna berdepan cabaran dengan semangat kesetiaan dan perpaduan untuk terus kekal berdiri selari dengan UMNO di bahagian-bahagian yang lain.

“Usaha memperkasakan UMNO Semporna tidak pernah berhenti malah semua anggota memainkan peranan gerak kerja menjelajah setiap kampung menjelaskan kepada rakyat mengenai agenda perjuangan parti dan kini UMNO Semporna kembali ampuh dan kekal relevan,” katanya.

Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Semporna di sini hari ini yang dirasmikan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Nasir berkata anggota UMNO perlu mengutamakan parti dan bukan individu kerana pemimpin datang dan pergi namun parti tidak mungkin berkubur.

Beliau turut menyeru anggota UMNO Semporna untuk meningkatkan usaha mendekati dan memberi kefahaman kepada rakyat bahawa pilihan raya umum ke-14 bukan medan menguji atau melepaskan geram, sebaliknya wadah untuk memilih kerajaan berwibawa dan bertanggungjawab kepada rakyat.

“Jika UMNO masih menjadi pilihan pengundi maka kita akan dapat melihat Semporna menerima perhatian kerajaan, oleh itu sokongan padu daripada ahli-ahli UMNO sangat penting, ” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Nasir SakaranUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd