• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Diseru Tidak Terpengaruh Politik Jahiliyah

oleh AK-47
12/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peranan PAS bukan semata-mata mahu merampas jawatan atau sekadar membalas dendam terhadap yang menjatuhkan dan mengambil semula jawatan dengan penuh geram kerana pernah dijatuhkan, dikalahkan dan dipecat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam negara ini tidak boleh terpengaruh dengan budaya politik melampau amalan jahiliyah yang tersebar luas dalam dunia masa kini.

“Budaya yang sangat menggoda khususnya melalui media sosial tanpa sempadan dan akhlak yang tidak mengambil kira dosa dan pahala.

“Pendekatannya lebih banyak menyerang daripada menerang, menyebarkan fitnah, memburukkan lawan dan kawan tanpa sempadan akhlak dalam mencegah kemungkaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai berkata demikian sebagai respons kepada kutukan oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan keatas PAS yang mendakwa PAS kini berbaik-baik dengan parti terbesar kaum Melayu UMNO.

Abdul Hadi berkata, politik hidayah Allah S.W.T yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W ada batasan akhlak mulia, sempadan baik dan buruk serta perhitungan halal dan haram.

Menurut beliau, ia bersifat penyelamat rakyat dan mereka yang terjerumus ke dalam dosa bagi mengislahkan, bukan terus dibiarkan menjadi rosak atau lebih merosakkan lagi.

“Pendekatan ini tidak menentang sesuatu pihak untuk dijatuhkan semata-mata ingin mendapatkan peluang mengambil kuasa untuk diri sendiri dan puaknya sahaja, selepas itu tidak mempedulikan rakyat dan menegakkan jahiliyah di atas runtuhan jahiliyah,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd