Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

5 Mat Rempit Termasuk...

BUTTERWORTH - Lima remaja lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima yang sedang leka...

Tiga Kolam Gunung Inas...

ALOR SETAR : Tiga kolam takungan air di ladang durian Musang King di...

Khairy, Annuar Layak Bertanding...

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd...

Tolak Kemasukan Pelayar Israel...

LANGKAWI - Kejayaan Malaysia menarik jumlah penyertaan paling ramai dalam Kejohanan Layar Remaja...

Uber & Grabcar: Pendapatan Pemandu Teksi Kurang 30%

KUANTAN – Pendapatan pemandu teksi di Pahang termasuk di daerah ini telah berkurangan sebanyak 30 peratus sejak perkhidmatan e-hailing iaitu Uber dan Grabcar diperkenalkan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan persekutuan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan membantu pemandu teksi melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diluluskan kabinet pada 10 Ogos 2016.

“Menerusi TITP, terdapat empat komponen asas bagi mewujudkan persaingan seimbang antara pemandu teksi dan pemandu e-hailing, antaranya memanfaatkan penggunaan teknologi iaitu aplikasi e-hailing, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi sedia ada serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pemandu teksi,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, di sini hari ini.

Beliau yang menjawab soalan Datuk Wan Salman Wan Ismail (BN-Jengka) itu berkata kadar tambang juga diselaraskan dengan pembayaran kadar bermeter atau elektronik menggunakan kadar tambah dinamik, iaitu kadar tetap dalam talian.

Sementara itu, menjawab soalan Choong Siew Onn (DAP-Tras) yang ingin tahu tentang status permohonan melanjutkan tempoh pajakan tanah kepada 99 tahun, Adnan berkata setakat ini, kerajaan negeri telah meluluskan 1,193 permohonan bagi tempoh Januari 2013 hingga Jun 2017.

“Mesyuarat kerajaan negeri pada 28 Mac 2012 telah meluluskan secara dasar penukaran tempoh pegangan 30, 60 dan 66 tahun kepada 99 tahun bagi kegunaan bangunan kediaman tanpa dikenakan bayaran premium tambahan, bermaksud percuma.


“Kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan ini, tapi inisiatif mesti datang daripada tuan punya tanah… tidak ada syarat yang dikenakan cuma perlu datang ke pejabat tanah, ambil borang, isi dan serahkan kepada petadbir tanah,” katanya.

Adnan juga membidas Sim Chong Siang (PKR-Teruntum) yang menyifatkan jumlah permohonan yang sudah diluluskan itu sebagai ‘kecil’ bagi tempoh empat tahun dengan berkata perkara tersebut disebabkan ramai tuan tanah tidak menyedari atau tidak mengetahui tentang permohonan itu.

“Ini kerja wakil rakyat untuk terangkan… maknanya wakil rakyat kena kerja kuat,” katanya. – BERNAMA

Kategori