• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Gagal Dapat Perintah Tangguh Prosiding RCI

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Rayuan hari ini untuk menangguhkan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dijadual bermula pada Isnin.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak permohonan penangguhan itu. Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim.

“Kami berpendapat bahawa, atas kepentingan umum, prosiding RCI mesti diteruskan,” katanya.

Dr. Mahathir mahu prosiding RCI ditangguhkan sementara menunggu pendengaran rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menolak permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman.

Dalam permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman, beliau memohon untuk membatalkan keputusan RCI yang menolak permohonannya untuk menggugurkan dua anggota daripada bersidang dalam panel lima anggota RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara pada 1990-an.

​​Pada 8 Ogos, RCI menolak permohonan Dr. Mahathir untuk menyingkirkan pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan seorang daripada anggotanya, Tan Sri Saw Choo Boon, sebagai anggota suruhanjaya berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Azizah Nawawi, ketika membenarkan bantahan kerajaan terhadap pemohonan semakan kehakiman oleh Dr Mahathir, menegaskan bahawa RCI tidak mempunyai bidang kuasa untuk melantik atau menggugurkan anggotanya.

Mohd Sidek menetapkan 10 hari bermula 21 Ogos bagi prosiding siasatan itu. – BERNAMA

Tags: RCITun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd