• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Tambah Saluran Bayar Bil Elektrik Melalui e-Pay

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menambah saluran pembayaran bil elektrik kepada lebih 17,000 premis yang menerima bayaran melalui e-Pay dan lebih 2,000 kedai 7-Eleven di seluruh negara, sekali gus menjadikan urusan berkenaan lebih mudah.

Pelanggan TNB kini boleh menjelaskan bil elektrik mereka bukan sahaja di stesen Petronas yang menggunakan sistem e-Pay, malah di kedai runcit dan pasar raya besar terpilih melalui sistem yang sama.

“Penambahan saluran pembayaran TNB ini adalah usaha berterusan kami dalam memenangi hati pelanggan dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memberi nilai tambah kepada mereka,” kata Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian, Kamaliah Abdul Kadir dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, TNB turut menawarkan peluang memenangi rebat tunai untuk bil elektrik sebanyak RM50 kepada mereka yang menggunakan e-Pay sehingga 9 September 2017.

Pembayaran bil TNB juga boleh dibuat pada bila-bila masa di kedai serbaneka dibuka 24 jam, 7-Eleven yang berhampiran.

Selain daripada itu, bil TNB juga boleh dijelaskan di Pos Malaysia, premis bank terpilih dan perbankan internet. – BERNAMA

Tags: Bil ElektrikTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd