• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Sedar Rakan Terhimpit Bawah Bot

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – “Saya hanya mampu menjerit ketakutan apabila bot yang kami naiki berpusing sebanyak dua kali sebelum terbalik hingga kesemua penumpang tercampak ke dalam laut,” kata Auni Atirah Ramli, mangsa bot terbalik di Kuala Besut tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, bot yang dinaiki Auni bersama 14 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang lain terbalik menyebabkan seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nurhasibah Husna Ibrahim, 21,  terkorban sementara enam yang lain tercedera manakala lapan lagi terselamat.

Mengimbas kembali kejadian itu, Auni, 21, pelajar Kolej Poly-Tech Mara, Kota Baharu, Kelantan berkata keadaan menjadi kelam kabut apabila bot yang mereka naiki dari Pulau Perhentian tiba-tiba menjadi laju dan hilang kawalan.

Kejadian itu berlaku di kawasan Pulau Rhu, kira-kira lima kilometer dari jeti Kuala Besut.

“Ketika itu kami semua kelam kabut untuk menyelamatkan diri dan bersyukur apabila sebuah bot datang untuk menyelamatkan kami, tetapi saya sangat ralat kerana tidak sedar Norhasibah Husna terhimpit di bawah bot,” katanya yang ditemui pemberita di Unit Kecemasan, Hospital Besut.

Koordinator Pelancongan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut,  Zalmi Omar, 41, adalah antara orang yang mula-mula sampai ke lokasi kejadian.

“Ketika saya dan tiga rakan sampai ke lokasi dengan bot penyelamat, saya dapati  kesemua penumpang  bot terapung-apung di dalam air,” katanya.

Katanya ketika itu mangsa (Nurhasibah) tidak kelihatan dan tiada seorang pun dari penuntut kumpulan itu yang memberitahu ketiadaannya.

“Kami hanya sedar Norhasibah Husna tiada setelah sampai ke Jeti Kuala Besut untuk membawa mereka naik ke darat, apabila seorang penuntut memberitahu beliau tidak ada bersama”, katanya.

Kata Zalmi, apabila berpatah balik ke tempat bot yang terbalik, beliau dapati mangsa berada di bawah bot sebelum mengangkatnya naik ke dalam bot untuk membawanya ke hospital, namun dia disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian. – BERNAMA

Tags: bot
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siri Tangkapan, Dakwaan Beri Imej Baharu SPRM

Next Post

Kanak-Kanak Perempuan Bertukar Jadi Lelaki

Related Posts

Juragan Asing Bawa Bot Tamat Tempoh Di Kudat Dicekup

04/12/2018
0

KUDAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat hari ini menahan seorang lelaki warga asing bersama sebuah bot nelayan dengan lesen...

Penggunaan Bot Pam Masih Diteliti – Polis Sabah

25/09/2018
0

KOTA KINABALU - Isu penggunaan bot pam di perairan Sabah khususnya di pantai timur negeri itu masih diteliti oleh kerajaan...

Next Post

Kanak-Kanak Perempuan Bertukar Jadi Lelaki

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd