• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siri Tangkapan, Dakwaan Beri Imej Baharu SPRM

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tangkapan dan pendakwaan berterusan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pelaku rasuah telah memberi imej baharu yang baik kepada suruhanjaya itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan tegas tanpa mengira kedudukan seseorang suspek juga membuktikan tiada lagi istilah ‘hanya ikan bilis’ diambil tindakan dalam gerak kerja bersepadu SPRM di bawah Datuk Dzulkifli Ahmad selaku Ketua Pesuruhjaya.

Di bawah Dzulkifli, katanya, SPRM telah menunjukkan kesungguhan yang cukup tinggi dalam membanteras rasuah di mana ‘ikan paus’ yang kononnya sentiasa terlepas turut sama terperangkap di dalam jaring yang didakwa hanya untuk tangkapan ‘ikan bilis’.

“Mungkin selama ini ada tindakan daripada mereka tetapi masyarakat beranggapan bahawa yang dimangsakan oleh SPRM atau sebelum itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) hanya ikan bilis dan beranggapan jaring yang digunakan tidak cukup kuat untuk menangkap ikan paus.

“Tetapi kini, saya perlu ucap tahniah kepada SPRM kerana mutakhir ini ikan paus juga telah masuk dalam jaring pembanterasan rasuah oleh SPRM, “ katanya ketika berucap pada majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Imigresen Malaysia-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis IBR yang turut disaksikan secara serentak oleh semua pejabat JIM dalam dan luar negara melalui sidang video secara langsung itu ialah Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki yang mewakili Dzulkifli.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tindakan komprehensif SPRM itu secara tidak langsung telah mengembalikan kepercayaan yang tinggi dalam kalangan rakyat kepada kerajaan yang selama ini mungkin terkesan dengan persepsi negatif yang dilemparkan pihak tertentu yang sentiasa mencari aspek negatif agensi atau jabatan tertentu untuk menghakiskan kebolehpercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Beliau menarik perhatian agar kesungguhan SPRM itu tidak menerima nasib sepertimana Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa dipandang serong dan tidak lepas daripada persepsi negatif walaupun kadar indeks jenayah menurun 47 peratus sejak program transformasi dilaksanakan pada 2009.

“Saya harap perkara sebegitu tidak berlaku kepada SPRM apabila indeks rasuah dapat diturunkan…walaupun sukar saya yakin dengan kerjasama semua pihak termasuk Datuk Azam, perkara itu tidak mustahil untuk dicapai,” katanya.

Dalam pada itu, Azam berkata penangkapan yang dilakukan, terutama ke atas penjawat awam bukan untuk menunjukkan SPRM bertindak keras atau tanpa belas kasihan terhadap kumpulan itu.

Beliau berkata sebagai nadi penggerak kepada negara, sistem penyampaian dan urus tadbir perlu dilakukan dengan integriti yang tinggi dan atas sebab itu, penjawat awam tidak boleh dibiarkan terpalit dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa ketika menunaikan tanggungjawab. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd