• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Hantar Konvoi Bantuan Bantu Mangsa Banjir

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NONTHABURI – Kementerian Perdagangan Thailand hari ini melancarkan konvoi trak yang membawa bekalan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di timur laut negara itu, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Menterinya Apiradi Tantraporn berkata buat permulaan, konvoi berkenaan akan bergerak menuju ke wilayah Sakon Nakhon, Roi Et, Maha Sarakham, Kalasin dan Nakhon Panom sebelum dihantar ke wilayah-wilayah lain yang turut terjejas.

Kementerian itu juga, katanya, akan menganjurkan beberapa program lain bagi membantu penduduk yang terjejas, termasuk mengadakan kempen ‘Bendera Biru’ iaitu menempatkan 10 pusat jualan yang menawarkan barangan kegunaan harian dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Jabatan Perdagangan Dalam Negeri juga diarahkan supaya bekerjasama dengan syarikat dan peruncit utama di negara itu untuk memudahkan urusan mengedarkan barangan keperluan pengguna di kawasan dilanda bencana.

Kakitangan kementerian itu juga akan mengadakan aktiviti jualan amal barangan seperti baju, beg, perkakas rumah dan barangan perhiasan pada 15 hingga 17 Ogos ini dan hasil jualan akan didermakan kepada mangsa banjir. – BERNAMA

Tags: Apiradi TantrapornBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd