Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Sarjan Didakwa Minta Rasuah...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Jemaah Malaysia Diminta Jaga...

MADINAH - Tahap disiplin tinggi jemaah haji Malaysia ketika mengerjakan ibadah haji, sering...

Dikutuk Kerana Suara Tak...

Ramai peminatnya tahu, aktres cantik yang juga seorang ahli perniagaan ini turut terjun...

Bunyi Letupan Sebelum Pusat...

GEMPAR... Seorang saksi terdengar bunyi letupan sebelum berlaku kebakaran kecil di dewan mengundi...

Tak Puas Hati Dihon, Pembuli Jalanan Tunjuk Samseng

PEMBULI jalan raya? Sesiapa saja boleh jadi pembuli jalan raya ni. Golongan ni biasanya manusia yang nak tunjuk ‘samseng’ dekat atas jalan raya.

Satu video menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi cuba untuk membuli sebuah kenderaan iatu kenderaan yang merakam perlakuan pemandu ni.

Myvi tersebut tiba-tiba saja mencelah tukar lane dekat dengan pembahagi jalan tanpa memberi signal. Hello brother… Orang lain tak boleh baca fikiran awak kalau awak nak tukar lane sekalipun.

Ingatkan’ mimpi ngeri dah nak terjaga’, rupanya Myvi ‘hantu’ tu datang balik dengan cara pemanduan yang berbahaya sambil tekan brek kecemasan supaya kereta yang ‘dibulinya’ tu berlanggar. Psycho pulak driver Myvi ni.

Kalau kenderaan yang satu tu ada buat hal sekalipun jangan la sampai membahayakan kenderaan yang lain.

Si mangsa ni pun taknak panjangkan lagi cerita, terus masuk ke jalan lain supaya tak terlibat lagi dalam adegan buli tu. Tapi si Myvi yang bernombor daftar BJB 8685 tu berterusan hon tanpa henti seolah olah nak buat kacau dekat atas jalan. Mengikut kata orang ramai, kejadian tersebut berlaku dekat jalan menghala ke Sunway.


Sampailah dekat satu simpang yang tengah berhenti mungkin kerana kesesakan lalu lintas, Myvi tersebut menukar gear reverse seolah olah nak buat macam dia dilanggar dari belakang.

Kalau betul ada masalah, boleh berhenti tepi dan selesaikan dengan cara baik. Tapi dia lagi suka ambil keputusan dengan cara kotor macam tu. Bukan sekali dua saja dia buat macam tu… Tapi sampai lima kali! Kalau dah macam tu memang sengaja namanya. Bukan tak sengaja.

Akibat perbuatan kotornya tu, dah menyebabkan banyak kereta stuck dekat belakang dan mestilah ramai yang marah. Datang pula seorang lelaki budiman yang pergi ke kereta Myvi tersebut dan marah pada pemandu ‘hantu’ berkenaan. Baru padan dengan muka dia kan dah mendapat.

Tapi tak tahu lah apa yang degil sangat, dia masih tak puas hati, sekali lagi Myvi tersebut undur ke belakang. Tapi ‘mangsa’ yang seorang ni agak bijak bila dia ambil keputusan untuk ikut jalan lain supaya tak berlaku perkara tak diingini.

Tak ada gunanya nak tunjuk samseng membuli pemandu yang lain dekat atas jalan raya ni. Menyusahkan diri sendiri je nanti. Jaga-jaga… Ramai dah tahu nombor plat awak, jangan sampai nanti ada yang tak puas hati kejar awak pulak. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori