• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Baling Mercun Di Stadium Diburu

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis meneliti beberapa gambar bagi mengesan suspek membaling mercun ketika perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 (KL2017) antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, mercun dibaling dari kawasan tempat duduk penyokong Malaysia selepas penyerang negara, N Thanabalan, menjaringkan gol pada minit ke-87.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata siasatan dijalankan sebaik pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu.

“Polis memandang serius isu keselamatan stadium terutama membabitkan keselamatan penonton, pemain dan pegawai bertugas.

“Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, serpihan mercun berkenaan hanya memasuki tepi padang dan jauh dari pemain.

Selepas perlawanan malam tadi, jurulatih Indonesia, Luis Milla Aspas, dalam sidang media mendakwa pemainnya cedera terkena balingan mercun. – Berita Harian

Tags: mercunpenyokongStadiumSukan SEA KL2017
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RoS Batalkan Pendaftaran PN, Takiyuddin Seru Penyokong Bertenang

RoS Batalkan Pendaftaran PN, Takiyuddin Seru Penyokong Bertenang

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mendakwa keputusan pihak berwajib membatalkan pendaftaran gabungan politik itu menimbulkan persoalan serius mengenai unsur...

Ismail Lasim Hadir Ke Stadium Beri Sokongan Kepada Negeri Sembilan FC

Ismail Lasim Hadir Ke Stadium Beri Sokongan Kepada Negeri Sembilan FC

18/10/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim turun padang memberikan sokongan kepada skuad Negeri Sembilan FC apabila hadir menyaksikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd