• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA: Giliran Filipina Pula Tuan Rumah Sukan SEA

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Filipina secara rasminya mengambil alih tanggungjawab sebagai tuan rumah Sukan SEA akan datang apabila ia menerima bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) pada upacara penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sini, malam ini.

Presiden SEAGF Tan Sri Imran Tuanku Jaafar menyerahkan bendera itu kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) Jose Cojuangco Jr. yang kemudian menyerahkannya kepada Alan Peter Cayetano, selaku pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Ke-30.

Beliau juga ialah Setiausaha Hal Ehwal Asing Filipina.

Tuan rumah edisi ke-30 itu telah mencadangkan beberapa provinsi di Central Luzon sebagai venue bagi temasya dwitahunan itu.

Kali terakhir Filipina menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah pada 2005 dan muncul juara keseluruhan dengan meraih 113 pingat emas. Ia juga menjadi tuan rumah temasya itu pada 1981 dan 1991.

Malaysia dinobatkan juara keseluruhan KL2017 dengan meraih 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa manakala di tempat kedua Thailand dengan 72 pingat emas diikuti Vietnam 58, Singapura 57, Indonesia 38, Filipina 24, Myanmar tujuh, Kemboja tiga dan Laos dua.

Brunei membawa pulang lima pingat perak dan lapan gangsa dan Timor Leste tiga gangsa. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd