• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah Tiba Johor Muncul Hab Fesyen Selatan Tanah Air

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memberikan sokongan penuh untuk Johor muncul sebagai hab fesyen selatan negara sekali gus meningkatkan ekonomi.

Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata selain Kuala Lumpur, sudah tiba masanya Johor menjadi hab fesyen terkemuka negara lebih-lebih lagi kedudukannya berhampiran Singapura.

“Johor boleh menjadi perintis industri fesyen di selatan dan bergerak lebih jauh di peringkat antarabangsa. Ini melihatkan kepada kedudukan negeri ini sebagai satu daripada pintu masuk negara dan keadaan pembangunan yang berkembang pesat,” katanya berucap merasmikan acara peragaan fesyen ‘Johor Fashion Mode’ anjuran Tribute To Women, di sini malam tadi.

Hadir sama Pengasas Tribute To Women Malaysia Mahani Awang.

Mas Ermieyati berkata dengan mempunyai pelabur tempatan dan antarabangsa yang ramai, sektor beli belah di Johor juga dapat ditingkatkan dengan kemunculannya sebagai hab fesyen.

Sehubungan itu, beliau berharap Johor Fashion Mode dapat dijadikan acara tahunan berprestij di negeri ini dengan dimasukkan di dalam kalendar pelancongan dan kebudayaan Johor.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, industri fesyen negara dilihat berkembang sama ada menerusi pakaian yang ditempah atau siap untuk dipakai merangkumi pakaian formal, persalinan perkahwinan serta pakaian muslimah.

“Saya juga ingin memuji kreativiti pereka fesyen kita yang tidak mengabaikan elemen tempatan sewaktu menghasilkan rekaan seperti jaket bermotif songket dan baju bermotif batik,” katanya.

Johor Fashion Mode acara julung kali di negeri ini, menampilkan koleksi pakaian pereka fesyen terkenal tanah air seperti Datuk Tom Abang Saufi, Salikin Sidek, Leslie Variyan, Bon Zainal, Zang Toi, Carven Ong, Datuk Seri Raja Rezza Shah serta Bill Keith. – BERNAMA

Tags: FesyenJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd