Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

“Saya Tidak Pernah Kata...

MARAN – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan...

MAB Tawar Diskaun 20%...

PUTRAJAYA - Malaysia Airlines Berhad menawarkan diskaun 20 peratus kepada guru sekolah dan pensyarah Institut Pengajian...

13 Pati Ditahan Di...

SEREMBAN - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan memberkas 13 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Imigresen Melaka Buru Lebih...

MELAKA – Jabatan Imigresen Melaka sedang memburu lebih 3,000 Pendatang Asing Tanpa Izin...

Skuad Memanah Capai Sasaran, Raih 5 Pingat Emas

KUALA LUMPUR – Sasaran empat pingat emas diletakkan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) ke atas skuad memanah negara tercapai apabila mereka keseluruhanannya mengumpul lima emas pada Sukan SEA kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Selain lima kilauan emas, skuad memanah turut menyumbang tiga perak dan dua gangsa sekali gus menjadi juara keseluruhan sukan memanah pada aksi di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara yang berlangsung dari 16 hingga 22 Ogos pada Sukan SEA ke-29.

Presiden NAAM Datuk Seri Johari Baharom berkata ia pencapaian terbaik buat skuad memanah walaupun menyamai pungutan pingat di Singapura dua tahun lepas.

“Saya berpuas hati dengan kejayaan kali ini kerana ia adalah yang terbaik di Sukan SEA. Walaupun sama dengan pencapaian di Singapura tapi kita mempunyai lebih banyak peluang apabila ramai yang mara ke final.

“Tapi ada juga peluang itu tidak menyebelahi pemanah kita.

Lagipun biasalah beraksi di laman sendiri, penonton ramai jadi tekanan juga lebih,” katanya kepada media mengulas mengenai prestasi skuad memanah di KL2017.

Johari berharap pencapaian cemerlang itu menjadi pembakar semangat buat skuad memanah mencapai prestasi terbaik untuk beraksi di Sukan Asia 2018 di Indonesia.


“Kita akan berbincang kelemahan yang perlu dibaiki, di mana latihan perlu dititikberatkan lagi. Saya akan bincang dengan jurulatih serta Majlis Sukan Negara bagaimana nak naikkan prestasi Malaysia agar ada peluang di Sukan Asia,” katanya.

Tiga daripada lima pingat emas skuad memanah hadir menerusi skuad compound dalam acara berpasukan lelaki, berpasukan wanita serta berpasukan campuran manakala dua lagi pingat emas adalah daripada skuad recurve (acara berpasukan lelaki dan berpasukan wanita).

Untuk rekod, skuad memanah berjaya memecahkan empat rekod kebangsaan sekaligus meleburkan empat rekod kejohanan.

Rekod tersebut adalah dalam acara compound individu wanita melalui Fatin Nurfatehah Mat Salleh, acara recurve individu lelaki (Khairul Anuar Mohamad), recurve berpasukan lelaki (Khairul Anuar, Haziq Kamaruddin, Muhd Akmal Nor Hasrin) dan recurve berpasukan campuran (Khairul Anuar, Nur Aliya Ghapar). – BERNAMA

Kategori