Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Kes Positif COVID-19 Menurun...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan penurunan kira-kira 20 peratus kes positif sepanjang...

Mahathir Pandu Uji Kenderaan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpeluang memandu uji kenderaan...

Made In China: Menuju...

CHINA mengeluarkan hampir 80 peratus dari semua produk kegunaan dalam kehidupan seharian. “Made...

Bekalan Minyak Masak Bersubsidi...

ARAU - Bekalan minyak masak di negeri ini sama ada dalam paket satu...

Selebriti Meriahkan Final Malaysia-Thailand

KECUNDANGNYA skuad Harimau Muda dengan pasukan Thailand masih lagi dirasai kekecewaan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Walaupun begitu, semangat juang yang cukup tinggi dipamerkan anak buah Datuk Ong Kim Swee perlu diberi tepukan hormat memandangkan mereka bermain dengan penuh berdedikasi sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan.

Selain kesungguhan pemain, sokongan dan kata-kata dorongan rakyat Malaysia juga perlu diberi perhatian memandangkan mereka juga merupakan nadi kepada kebangkitan para pemain.

Dalam hal ini, golongan selebriti tempatan turut tidak mahu ketinggalan memberikan sokongan tidak kiralah sama ada di stadium, kedai-kedai mamak mahupun di rumah sendiri.

Antara selebriti yang sempat hadir ke stadium di sebalik kesibukan jadual kerja mereka ialah Janna Nick, Fattah Amin, Shuib, Jep, Rahim, Zain Saidin, Loque, Datuk Hans Isaac, Ruhainies.


Pelakon Siti Elizad pula memuat naik gambarnya yang menonton di kedai mamak dengan bertemankan lapan biji gelas beserta dua bendera mini Malaysia.

Selebriti kita pun sokong tau team Malaysia, siapa cakap tak sokong…

Apa-apa pun betullah orang kata sukan itu mampu menyatu-padukan setiap orang tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik masing-masing.

Majulah sukan untuk negara! – MYNEWSHUB.CC

Kategori