• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Bola Sepak Wanita Mahu Menang Dengan Singapura

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Skuad bola sepak wanita kebangsaan tekad mencatat kemenangan ke atas Singapura pada perlawanan persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) malam esok.

Pengendali skuad kebangsaan, Mohd Asyraaf Fong Abdullah percaya kemenangan tersebut dapat menyuntik semangat anak buahnya menjelang aksi pembukaan acara bola sepak wanita Sukan SEA ke-29 (KL2017) menentang Filipina pada Selasa depan.

“Peluang menentang Singapura ini sudah semestinya saya mahukan kemenangan supaya ia akan memberikan satu semangat kepada pasukan sebelum kita turun beraksi pada 15 Ogos ini.

“Jadi saya telah memaklumkan kepada para pemain bahawa perlawanan ini adalah sesuatu yang mesti kita menang untuk memberikan kita keyakinan dan juga kekuatan mental untuk menghadapi Sukan SEA,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media praperlawanan tersebut di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini, hari ini.

Asyraaf seterusnya berkata kegagalan mengekalkan tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan merupakan faktor utama kekalahan 0-2 skuad bimbingannya itu kepada India minggu lepas.

Namun beliau menjelaskan selepas membuat penilaian terhadap perlawanan tersebut, beberapa perubahan terhadap corak permainan serta formasi bakal dilakukan ketika melayani kunjungan negara Kota Singa itu.

“Para pemain mudah hilang fokus apabila setiap kali memasuki minit ke-70 perlawanan dan pada perlawanan menentang India, mereka berjaya menghidu kelemahan tersebut seterusnya bijak mengambil peluang untuk mengatasi kita.

“Tetapi saya tetap akan menggalakan para pemain untuk menggandakan serangan dan dalam masa yang sama menuntut supaya mereka membantu barisan pertahanan ketika bertahan,” tambah beliau.

Dalam pada itu, kapten pasukan Masturah Majid ketika mengulas mengenai kekalahan kepada India berkata, rakan sepasukannya kini lebih matang dan berazam untuk mempersembahan aksi terbaik pada perlawanan malam esok. -BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd