• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Berpasukan Wanita Pertahan Emas Tenpin Boling

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persembahan konsisten pemain boling negara memberi tuah kepada Malaysia apabila menjuarai pingat emas acara berpasukan wanita pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), sekali gus mempertahankan rekod yang dimenangi dalam edisi ke-28 di Singapura dua tahun lepas.

Pasukan wanita negara dibarisi Shalin Zulkifli, Esther Cheah Mei Lan, Natasha Roslan, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman berjaya mencatat 6,264 jatuhan pin untuk berada di kedudukan teratas dalam perlawanan di Sunway Mega Lanes, di sini.

Persaingan blok pertama disertai lima sepasukan, Shalin-Esther Cheah-Natasha-Sin Li Jane-Syaidatul Afifah, bagaimanapun jurulatih negara Holloway Cheah menukar sedikit rentak apabila Natasha digantikan dengan Siti Safiyah Amirah dalam blok kedua untuk meneruskan baki tiga permainan.

Mereka mengatasi pencabar terdekat pasukan Singapura yang diwakili Bernice Lim-Cherie Tan-Daphne Tan-New Hui Fen-Shayna Ng dengan catatan 6,203 jatuhan pin untuk membawa pulang pingat perak.

Kombinasi pemain Filipina, Dyan Coronacion-Krizziah Lyn Tabora-Maria Liza Del Rosario-Marian Lara Posada-Marie Alexis Sy meraih gangsa dengan 6,075 jatuhan pin.

Shalin yang mewakili pasukan wanita berkata kemenangan pingat emas menepati sasaran skuad wanita setelah memenangi emas dan gangsa dalam acara trio semalam.
​​​​​​​
​​​​​​​”Walaupun kita mendahului jauh tapi kita masih perlu berhabis-habisan sebab bila-bila masa saja pasukan lain boleh potong (mengatasi)…tak boleh relaks, kalau dah menang jauh kena menang lagi jauh,” katanya selepas majlis penyampaian pingat.

Kemenangan mereka turut mengubati kehampaan pasukan lelaki bagi acara sama yang pulang dengan tangan kosong apabila sekadar berada di tangga keempat dengan catatan 6,239 jatuhan pin, ketinggalan 39 pin di belakang pasukan Thailand yang meraih pingat gangsa.

Ia secara tidak langsung meleburkan rekod pingat emas bagi acara itu yang dimenangi pada temasya Sukan SEA 2015.

Pingat emas dirangkul pasukan Singapura menerusi gandingan Basil Dill Ng-Cheah Ray Han-Darren Ong-Muhammad Jaris Goh-Keith Saw Hui Xun dengan 6,399 jatuhan pin dan pingat perak diterima atlet Indonesia, Billy Muhammad Islam-Diwan Rezaldy Syah-Hardy Rachmadian-Ryan Leonard Lalis-Yeri Ramadona dengan catatan 6,280 jatuhan pin.

Momentum dalam blok pertama permainan yang dibarisi pemain veteran Alex Liew Kien Liang-Muhammad Rafiq Ismail-Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malek-Ahmad Muaz Mohd Fishol- Adrian Ang Hsien Loong agak hambar apabila berterusan jatuh daripada tangga ketiga pada set pertama hingga tangga kelima pada set ketiga.

Setakat ini Malaysia telah memenangi lima pingat emas acara boling dan akan meneruskan misi memburu pingat emas seterusnya dalam acara masters esok. – BERNAMA

Tags: tenpin boling
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Aceh Protes, Bakar Bendera Malaysia Terbalik?

Next Post

Mesyuarat Pilih KPN Baharu Bulan Depan – Zahid

Related Posts

Aksi Cemerlang Skuad Tenpin Boling Remaja Di Manila

24/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Skuad Malaysia memulakan aksi dengan cemerlang apabila meraih satu pingat emas dan satu perak pada hari pertama...

Siti Safiyah Mahu Malaysia Dominasi Emas Berpasukan

21/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Atlet tenpin boling negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman berazam mahu pastikan Malaysia terus mendominasi acara berpasukan...

Next Post

Mesyuarat Pilih KPN Baharu Bulan Depan - Zahid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd