Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Kedatangan Murid Orang Asli...

KOTA BHARU - Jumlah kedatangan murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi semakin meningkat...

Conte Ajak Semua Halang...

PEMAIN bintang Southampton dijangka akan berpindah pada Januari ini. Pemian pertahanan Belanda Virgil van...

Pakar Tampil Perjelas Dakwaan...

HEBOH di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang wanita memuat naik beberapa gambar di...

IS Sahkan Kematian ‘Jihadi...

BEIRUT - Kumpulan militan IS mengesahkan kematian ektremis British 'Jihadi John', yang dikatakan...

Siapa Gerangan ‘Uncle Robert Si Legend Kuching’?

BARU-BARU ini satu rakaman video memaparkan gelagat seorang warga emas dan budak kecil bermain tembak-tembak telah tular menerusi laman Facebook.

Video amatur tersebut malah berjaya mencuit hati ramai netizen tempatan sejak semalam dan hingga kini jumlah like serta share dilaporkan semakin meningkat.

Video berdurasi lebih kurang dua minit itu memaparkan seorang warga emas yang memakai baju belang berwarna merah begitu gigih jmelayan kerenah seorang budak berbaju kuning bermain tembak-tembak di sebuah pasar.

Gelagat mereka berdua secara tidak langsung telah menarik perhatian orang ramai hingga mendapat banyak pujian.

Tapi siapakah sebenarnya warga emas tersebut sehingga menjadi tular? Menurut beberapa sumber, ada yang mengatakan dia adalah ‘Uncle Robert si legend Kuching’.

Haaa… siapa gerangan sebenar ‘Uncle Robert si legend Kuching’ ni? Okay berikut adalah sedikit perkongsian daripada Media Sarawak Viral tentang latar belakang lelaki tersebut.


“Sebut je nama Uncle Robert ni mesti orang Kuching kenal. Kalau korang nak tahu, Uncle Robert ni tinggal di Pending Heights. He’s my neighbour. Dia ni kena demam panas masa umur dia belasan tahun. Sebab itulah dia jadi macam tu. Dia bukan bekas askar or komando,  just that bila dah sakit, dia tak dapat nak pergi ke sekolah. So dia ni selalu duduk rumah tengok TV je. Dulu kan orang minat dengan cerita combat. Dia ni pun sama. Dalam umur 16-17 tahun macam tu dia ni dah start merayau-rayau dekat bandar Kuching, sampai sekarang. Kalau tak silap saya, sekarang ni umur dia dah 56 tahun, he’s born in 1961. Keluarga dia ni bukan calang-calang orang. Ibu bapa dia memang jenis yang speaking English. Robert ni sebenarnya anak buah kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak / Bekas Presiden SUPP, mendiang Tan Sri Amar Stephen Yong.  (Ayah dia adik beradik dengan Tan Sri). Orang di Kuching memang jarang lah tak kenal dengan si Robert ni. Dia suka merayau tapi dia sebenarnya dia ni baik and tak kacau orang pun. Kesian dia ni jadi mcm ni. Tak tau lah mak ayah dia masih hidup ke tak.”

Haaa… dah kenal kan?

Dia bukan calang-calang orang tahu. Siapa sangka Robert ini mempunyai pertalian saudara dengan bekas timbalan ketua menteri Sarawak, mendiang Tan Sri Amar Stephen Yong

Jadi, siapa yang berhasrat nak ke Kuching tu, boleh lah berjumpa dengan Uncle Robert ni ya!– MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori