• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shaa Rasa Malu Pertama Kali Beraksi Depan Kamera

oleh AK-47
16/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDATANG baharu dengan karya sulung berjudul Pertama Kali, Shaa mengakui sedikit malu dan janggal ketika penggambaran dijalankan pada Jun lalu.

Menurut pemilik nama Juzratul Nisha Johari atau lebih dikenali dengan nama Shaa, ia merupakan pengalaman pertamanya beraksi di depan kamera menerusi klip video lagunya itu.

“Memang Shaa teruja nak tunggu ia dilancarkan, tetapi dalam waktu yang sama Shaa sebenarnya malu nak tengok diri sendiri dalam video klip tu.

“Entahlah, mungkin sisi peribadi Shaa sendiri yang lasak berbeza dengan apa cuba Shaa tampil dalam video klip itu membuatkan Shaa seperti tengok orang lain,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Gadis yang baharu berusia 22 tahun ini turut memohon maaf atas kelewatan tersiarnya klip muzik video ini daripada yang dijadualkan pada awal Ogos lalu.

Vokalis Darul Aman Buskers ini percaya kelewatan tersiarnya muzik video Pertama Kali ini adalah kerana pihak NOVA Music mempunyai strategi dan perancangan yang tertentu untuk projek ini.

“Di sini, Shaa ingin mohon maaf kepada semua peminat kerana buat ramai tertunggu-tunggu dan Shaa percaya ada sebab kenapa pihak NOVA Music menangguhkan pada satu tempoh lain,” ujarnya.

Menurut laporan BH Online, lagu Pertama Kali pernah diperdengarkan di laman YouTube pada tahun 2015 dengan tajuk Untukmu Sayang. Namun, video itu hanya mempunyai nyanyian dan lirik tanpa apa-apa muzik.

“Justeru, suka Shaa ingatkan sekali lagi jangan lupa save the date 18 Ogos depan (Jumaat) pukul 9 malam kerana secara rasminya video klip Pertama Kali akan dimuat naik ke laman YouTube!” tambahnya lagi.

Jadi sama-sama kita nantikan bagaimana lakonan Shaa dalam video muzik Pertama Kali itu tak lama lagi. Sebelum itu, tengok dulu teaser muzik video Pertama Kali ini! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: NOVA MusicPertama KaliShaa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Karier Masih Samar, Shaa Kembali Berniaga Murtabak

23/05/2018
0

SEJAK tidak mendapat banyak undangaan nyanyian baru-baru ini, penyanyi Shaa yang mula dikenali menerusi lagu Pertama Kali itu mengakui bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd