• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Shaheizy Sam, LHDN Buru Lagi Artis

oleh AK-47
16/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) makin proaktif mengambil langkah untuk dedahn lebih ramai pihak yang tidak menjelaskan cukai mereka, termasuklah golongan selebriti.

Beberapa personaliti terkenal tempatan bakal diisytiharkan muflis ekoran gagal menjelaskan hutang cukai, kata Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim, pada Rabu.

Beliau berkata bahawa ada juga artis terbabit akan dikenakan tindakan jika mereka tetap tidak berusaha untuk menjelaskan tunggakan terbabit.

Baru-baru ini, LHDN bertindak mengiklankan notis muflis di sebuah akhbar dan nama pelakon popular, Shaheizy Sam, antara yang disenaraikan.

“Saya tidak mahu kata ramai artis, tetapi dalam rekod kami, memang ada selebriti yang akan dikenakan tindakan serupa seperti Sam selepas ini.

“Hanya tunggu masa saja. Jika mereka tidak mengambil usaha untuk menjelaskan tunggakan, mereka boleh dibawa ke mahkamah dan seterusnya diambil tindakan muflis.

“Ia adalah prosedur biasa dalam pungutan cukai,” katanya kepada BH Online. Masrun juga berkata, artis yang masih tidak tahu mengenai cukai pendapatan perlu dibayar, boleh melayari laman sesawang agensi terbabit.

“Segala maklumat mengenai tanggungjawab percukaian boleh dicari di laman sesawang LHDN. Terpulang kepada selebriti itu untuk mengambil tahu mengenai cukai mereka.

“Jika masih tidak faham, mereka boleh jumpa pegawai kami bagi dapat penerangan. Jangan hanya tunggu kami datang kepada mereka. Prosedur tetap sama untuk semua orang dan tiada yang istimewa,” tegasnya.

Gulp! Pastikan anda yang wajib membayar cukai pendapatan tahunan tidak lupa menjalankan kewajipan anda, jika tidak pasti sekurang-kurangnya telefonlah pihak LHDN sendiri! – MYNEWSHUB.CC

Tags: CukaiLHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd