Monday, November 11, 2024

Creating liberating content

Polis Tumpas 2 Sindiket...

BUKIT MERTAJAM - Polis berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah...

Pengurusan Kes Juruaudio Kendali...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 November depan...

Sindiket Edar Dadah Tumpas...

NUSAJAYA - Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki...

80,000 Keping Tiket Final...

KUALA LUMPUR - Kehangatan final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia...

‘Saya Bukan Aliff Aziz, Berhenti Ganggu Saya’- Faris

SUSULAN kontroversi hangat penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, bukan jejaka bernama Alif sahaja terkena tempias malahan orang yang tiada kena mengena dengan nama tersebut pun turut ada yang menjadi mangsa.

Apa yang terjadi kali ini?

Hal ini bermula apabila terdapat satu status di laman Twitter milik Aliff yang bertulis “Jangan nak kecam sangat, siapa tak puas hati  kol aku 0111192**** , bangsa* Haters”.

Berikutan itu, seorang ahli perniagaan, Mohd Faris Mohd Ali telah menerima lebih daripada 7,000 mesej di aplikasi Whatsapp, 400 panggilan telefon dan hampir 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) memaki hamun, menghina serta tidak kurang yang mencabarnya untuk bergaduh.

Nombor telefon miliknya telah disalah guna oleh orang tidak bertanggungjawab dan menjadi tular kononnya ia adalah milik penyanyi kelahiran Singapura itu.

“Saya bukan Aliff Aziz, tolong berhenti hubungi nombor telefon saya. Saya mula terima gangguan pada 5 pagi semalam dan tak tahu apa-apa sehinggalah tunang saya beritahu yang nombor saya sudah disebarkan.

“Ada yang memasukkan saya dalam kumpulan Whatsapp dan ada juga yang saya sudah jelaskan yang tertera dalam Twitter itu bukan nombor Aliff.

Bagaimanapun, sehingga sekarang saya masih diganggu tanpa henti walaupun saya sudah kongsi di Facebook dan buat laporan polis,”  katanya dipetik sebuah portal online.

Faris mengatakan bahawa dia telah membuat laporan di Balai Polis  Sepang dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Selain itu, dia juga berkemungkinan akan mematikan talian tersebut sekiranya gangguan masih berterusan.

Dalam pada itu, Aliff pula dalam satu kenyataan media mengatakan dia tidak tahu menahu dan menafikan ada kena mengena dengan penyebaran nombor berkenaan.

“Saya akui itu akaun saya tetapi akaun itu sudah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu mengenai twit (status) itu.

“Saya hanya sedar bila dah tular dan keluar di Twitter. Akaun itu digodam oleh orang lain dan lagipun saya sudah lama tidak aktif di Twitter,” ujar Aliff. 

Aliff juga memohon agar orang yang tidak bertanggungjawab tersebut segera memulangkan semula akaun miliknya itu.

Semalam, telah berlangsung sidang media Aliff dan isterinya, Bella Astillah tentang kontroversi yang telah melanda rumah tangga mereka.

Sidang media itu telah diadakan di Crystal Hall, Roff Garden, Bukit Jelutong bermula kira-kira jam 2.45 petang dan berakhir pada 4.20 petang. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori