• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Belum Terima Surat SPRM” – Guan Eng

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengesahkan belum menerima surat rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung permohonan maaf terhadap kenyataannya yang dibuat Khamis lalu.

Menurutnya, beliau akan memberi kenyataan lanjut berhubung perkara itu selepas menerima surat rasmi daripada SPRM.

“Saya belum terima apa-apa surat (dari SPRM). Oleh itu, saya tidak boleh buat sebarang komen,” katanya.

Guan Eng dilaporkan berkata demikian ketika menjawab soalan media di Majlis Pelancaran Pembinaan Dewan Bankuet di Ampang Jajar, Seberang Perai Utara (SPU) petang semalam.

Semalam, dalam kenyataan SPRM di Putrajaya menggesa Guan Eng meminta maaf selepas beliau menyifatkan penahanan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pada 11 Ogos lalu sebagai penahanan haram.

Dalam kenyataan itu, SPRM menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai fitnah dan memberi tempoh 48 jam untuk beliau memohon maaf ke atas kenyataannya itu.

Terdahulu, Guan Eng mengeluarkan kenyataan dengan berkata penahanan Boon Poh sebagai penahanan haram ketika menjawab soalan media berhubung kilang habuk kayu haram di Komtar, Khamis lalu. – Sinar Harian

Tags: Lim Guan EngSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd