• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Report Tiada Bukti PM Malaysia Rasuah

oleh Ahmad Albab
06/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah London awal-awal menolak hujah pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown kononnya kerajaan Malaysia dan Perdana Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan rasuah sewaktu prosiding pengurusan kes saman fitnah oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang keatas Sarawak Report di London dua hari lalu.

Clare mengemukakan hujah itu dalam prosiding berkenaan bagi menuntut Presiden PAS mendepositkan wang kira-kira RM4.5 juta kepada Mahkamah London sebagai jaminan keselamatan jika PAS kalah dalam saman fitnahnya ke atas Sarawak Report dan perlu membayar kos guaman Clare.

Permintaan itu juga dipercayai sebagai langkah Clare menyekat PAS daripada meneruskan saman keatas Sarawak Report yang menuduh PAS menerima rasuah RM90 juta daripada Perdana Menteri Malaysia memandangkan PAS diyakini tidak mampu untuk menyediakan wang deposit sebanyak itu.

Presiden PAS hanya bersetuju dengan deposit keselamatan RM80,000 yang padanya memadai serta tidak kontroversi dan Mahkamah London bersetuju dengan jumlah tersebut atas dasar hujah Clare bahawa badan kehakiman, kerajaan Malaysia dan Perdana Menterinya mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan Presiden PAS tidak disokong sebarang bukti.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Presiden PAS diwakili pasukan peguam dari firma Carter-Ruck dan barrster Jacob Dean di London dalam kes berkenaan.

“Mahkamah London juga mendapati tuduhan serius itu tidak disokong bukti oleh Clare walaupun beliau mempunyai masa berbulan-bulan untuk berbuat demikian. Mahkamah juga tidak menerima hujah Clate tanpa membawa bukti bahawa sebuah negara luar berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik baik dengan United Kingdom telah mengamalkan rasuah.

“Hasil hujah kosong dalam permohonan Clare, mahkamah telah mengarahkan beliau membayar dua pertiga daripada kos terlibat. Clare mesti membayar £15,000 (hampir RM84,000) terhadap kos prosiding oleh Presiden PAS di mana kuantum pembayarannya akan di pantau oleh mahkamah.

“Mahkamah London juga mengarahkan Clare untuk membuat pembelaan beliau dalam tempoh 21 hari supaya kes ini dapat diteruskan dan beliau tidak lagi berlarutan untuk berdolak dalih. Permohonan rayuan Clare terhadap keputusan itu juga telah tidak dbenarkan oleh Mahkamah London,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sarawak Report yang dikendalikan oleh Clare sebelum ini menerbitkan artikel menuduh PAS menerima rasuah RM90 juta daripada Najib. Ironinya atrikel itu diterbitkan sejurus PAS menolak pelawaan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bekerjasama.

Tuduhan Sarawak Report itu kemudian dicanang oleh pemimpin dan penyokong PKR, DAP serta Parti Amanah Negara (PAN) di media sosial bagi memburuk-burukkan PAS dan Najib.

Untuk rekod, Sarawak Report sering memburuk-burukkan Najib dan kerajaan Malaysia dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan itu kemudian akan diangkat sebagai modal politik oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

Berikut kenyataan PAS yang seterusnya berhubung kes saman fitnah berkenaan:

“Perkembangan ini adalah sangat positif, dalam proses Presiden PAS untuk membersihkan nama beliau terhadap tuduhan fitnah melampau oleh Clare dan artikelnya dalam Sarawak Report.

“Presiden PAS mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Mr. Adam Tudor dan pasukan peguamnya dari Carter-Ruck, London dan di Malaysia.

“Presiden PAS juga sebenarnya dimaklumkan oleh firma Carter-Ruck bahawa Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London juga menghantar wakil dalam prosiding ini, dan telah memaklumkan bahawa kehadiran mereka adalah sebagai pemerhati prosiding kerana banyak tuduhan politik yang dibuat terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia serta Badan Kehakiman di Malaysia oleh Clare dalam dokumen beliau yang dikemukakan ke mahkamah.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSarawak Report
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Waspada Liberal Anggap Hukum Islam Tidak Rasional

Next Post

Imigresen Kelantan Kesan 6 Kes Penipuan E-Kad

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Imigresen Kelantan Kesan 6 Kes Penipuan E-Kad

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd