Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Usul Pemilihan Timbalan Speaker...

KUALA LUMPUR - Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu adalah antara...

PRN Melaka: Najib Mohon...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk meminda tarikh pelepasan...

LHDN Jangka Sasaran Kutipan...

Cyberjaya: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka mampu mencapai sasaran kutipan cukai berjumlah...

411 Pelajar Sekolah Menengah...

KUALA LUMPUR - Seramai 411 pelajar sekolah menengah di seluruh negara dikesan positif...

Reaksi Siti Nurhaliza, Isu Bendera Indonesia Terbalik

ISU bendera negara Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderahati perasmian Sukan SEA ke-29 baru baru ini nampaknya masih lagi hangat diperkatakan.

Namun, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA ke-29 (MASOC) yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sendiri dilihat telah pun membuat permohonan maaf secara rasmi kepada rakan sejawat dari Indonesia, Imam Nahrawi .

Bukan itu sahaja, malah Menteri Luar Negeri, Dauk Seri Anifah Aman juga telah membuat permohonan maaf kepada Indonesia berkaitan kesilapan berkenaan.

Tetapi, apa yang mengecewakan ada sahaja netizen yang dilihat masih belum ‘move on’ dengan berbalas dendam berikutan perkara tersebut.

Penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza juga tidak ketinggalan memberi reaksi mengenai hal ini.

Siti dilihat telah memuat naik satu posting di akaun Instagramnya tentang tweet positif daripada seorang warga Indonesia, Aris Kurniawan.

“Bendera Indonesia dipasang terbalik? Anggap saja ini ujian untuk kesabaran kita. Jangan marah. Aku tak mau kehilangan Siti Nurhaliza.” kata Aris dalam tweet tersebut.

Kenyataan positif itu telah membuat Siti tertarik dan seiring dengan itu, penyanyi itu telah menulis satu kapsyen yang membuat ramai orang terkedu.


“Salah satu tweet dari negara jiran (Indonesia). Manis. Setiap kali ada sesuatu yang terjadi, persaudaraan ini tak boleh dipisahkan. Saling menghormati sesama kita. Sebagaimana saya (Siti Nurhaliza) menyayangi fans rantau, begitulah sebaliknya,” tulis Siti menerusi kapsyen Instagramnya.

Tujuan utama penyanyi nombor satu Malaysia ini berkongsi posting itu adalah mahu netizen Indonesia menghentikan pertengkaran dengan orang Malaysia, begitu juga sebaliknya.

Posting yang menerima lebih daripada 40,000 likes itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Dimana rata-rata antara mereka meminta untuk segera menghentikan pertengkaran ini berikutan dua negara berjiran ini berada dalam satu rumpun.

Hmmm… bagaimanapun diharap ikatan hubungan Malaysia- Indonesia masih utuh dan bakal kembali jernih tanpa sebarang provokasi lagi ya di masa hadapan. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori