Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Peniaga Ikan Maut Motosikal...

SEREMBAN - Seorang peniaga ikan di Pasar Besar Seremban di sini maut apabila...

KWSP Suri Rumah Tetap...

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberikan...

Polis Hilir Perak Selesai...

TELUK INTAN - Dua lelaki yang menyasarkan kedai serbaneka 7-Eleven di sekitar Teluk...

Warga Emas “Terkepung” Akibat...

KUALA NERUS - Bagaikan pulau!.Itu gambaran mengenai keadaan sebuah rumah didiami seorang warga...

Raus Dipilih Presiden Ke-4 AACC

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dipilih sebagai Presiden ke-4  Association of Asian Constitutional Court and Equivalent Institutions (AACC).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini, Raus dipilih pada Mersyuarat Ahli Lembaga AACC (BOMM) yang diadakan di Solo, Jawa Tengah, Indonesia pada Selasa Tuesday. (8 Ogos, 2017).

Menurut kenyataan itu, semua ahli AACC yang menghadiri BOMM sebulat suara bersetuju untuk memilih Mahkamah Persekutuan Malaysia bagi  kepresidenan AACC untuk tempoh dua tahun (2017-2019).

Dalam ucapan penerimaan jawatan presiden, Raus berkata “Malaysia amat terharu dengan pelantikan ini dan saya berharap dan mendoakan semoga kita meneruskan kejayaan pendahulu saya, Ketua Hakim Prof. Dr. Arief Hidayat yang telah memacu AACC ke tahap lebih tinggi di bawah kepimpinannya yang berketerampilan.

“Saya memberi jaminan kepada anda bahawa badan Kehakiman Malaysia akan memberi sokongan penuh dalam pentadbiran Persatuan dan penganjuran acara-acara AACC pada masa depan untuk manfaat semua ahlinya dan rantau Asia secara keseluruhan,” kata Raus.

AACC merupakan forum serantau Asia bagi memperjuangkan keadilan berteraskan perlembagaan yang ditubuhkan pada Julai 2010 untuk memupuk pembangunan demokrasi, kedaulatan undang-undang dan hak asasi di Asia dengan meningkatkan pertukaran maklumat dan pengalaman berkaitan keadilan berasaskan perlembagaan serta mempertingkat kerjasama di kalangan institusi yang menjalankan bidang kuasa perlembagaan.


Pada masa ini, AACC dianggotai oleh 16 negara dan Malaysia merupakan antara tujuh negara anggota pengasas apabila Persatuan tersebut ditubuhkan pada 2010.

AACC telah menubuhkan tiga sekretariat tetap terletak di Seoul, Korea bagi Penyelidikan dan Pembangunan; Jakarta, Indonesia bagi Perancangan dan Organisasi serta Ankara, Turki bagi Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Penubuhan tiga sekretariat tetap ini adalah suatu usaha penting Persatuan ke arah meningkatkan pengurusan dan organisasi Persatuan, terutama dalam perancangan dan penganjuran Mesyuarat Setiausaha Agung, Mesyuarat Ahli Lembaga dan Kongres. – BERNAMA

Kategori