• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Sri Md Raus Sharif Dilantik Ketua Hakim Negara

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Tun Arifin Zakaria yang mencapai tempoh perkhidmatan 66 tahun enam bulan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Kenyataan itu memaklumkan Sultan Muhammad juga memperkenankan pelantikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Md Raus.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Maarop pula dilantik sebagai Hakim Besar Malaya menggantikan Zulkefli.

Semua pelantikan tersebut berkuat kuasa 1 April.

“Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tun Arifin Zakaria di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan itu.

Sultan Muhammad juga telah memberi perkenan supaya majlis penyampaian watikah-watikah pelantikan untuk hakim-hakim berkenaan diadakan Isnin ini (3 April) pada pukul 11 pagi.

Ketua Hakim Negara akan mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada hari yang sama. – BERNAMA

Tags: Ketua Hakim NegaraTan Sri Md Raus Sharif
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara Kepada Wan Ahmad Farid

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara Kepada Wan Ahmad Farid

28/07/2025
0

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad...

Wan Ahmad Farid Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara Esok

Wan Ahmad Farid Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara Esok

27/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 akan mengangkat sumpah esok. Wan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd