• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Sambut Hari Kebangsaan Di India

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Rakyat Malaysia di India menyambut Hari Kebangsaan pada Khamis pada satu majlis di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid menaikkan Jalur Gemilang dengan disaksikan kira-kira 100 rakyat Malaysia dan India.

Beliau berkata tema Hari Kebangsaan tahun ini “Negaraku: Sehati Sejiwa” melambangkan perpaduan dan kebersatuan di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Rakyat Malaysia yang berkumpul untuk majlis tersebut turut menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu-lagu patriotik.

Sekumpulan enam penunggang motosikal dari Kelab Motosikal Shadowfax dari Malaysia yang dalam penjelajahan ke enam negara diketuai Datuk R. Muruga Nantham menyertai sambutan di Suruhanjaya Tinggi.

Mereka kemudian dilepaskan oleh Datuk Hidayat untuk meneruskan perjalanan selanjutnya di India.

Perwakilan, kumpulan mewakili isteri-isteri pegawai Suruhanjaya Tinggi menampilkan cita rasa Malaysia pada majlis tersebut.

“Kami mencipta dekorasi yang sesuai dengan tema Hari Kebangsaan dan menyediakan masakan asli Malaysia. Walaupun kami meraikan sambutan ini di luar negara, ahli-ahli kami mahu memastikan suasana Malaysia,” kata Datin Rosie Hidayat.

Rakyat Malaysia di India berkata sambutan Hari Kebangsaan tetap merupakan acara istimewa buat mereka tidak kira di mana mereka menyambutnya.

“Malaysia sentiasa berada dalam hati sanubari kami. Menyanyi lagu Negaraku menyemarakkan semangat cintakan negara di kalangan kami,” kata Harlina Zakaria.

“Ini kali pertama saya menghadiri sambutan rasmi di luar Malaysia. Saya amat kagum dengan semangat Merdeka yang saya saksikan di Delhi. Walaupun komuniti Malaysia di sini kecil tetapi sambutannya besar lagi meriah,” kata Anuar Abdullah, yang berkhidmat dengan syarikat usahasama India-Malaysia. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

18/10/2026
0

PUNCAK ALAM – Mynewshub merujuk laporan bertajuk “Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik” yang...

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd