• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPM Rampas 3,300 Telur Penyu Cuba Seludup Masuk

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 3,300 telur penyu yang cuba diseludup masuk ke daerah ini dekat sini, hari ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata anggota PPM yang meronda menggunakan bot ronda di kawasan perairan itu telah mengesan dua bot pam cuba memasuki Sungai Batu Putih.

Katanya ketika menghampirinya, kedua-dua juragan bot pam itu bertindak memecut laju dan enggan berhenti bila diarahkan.

Kedua-dua bot pam tersebut kemudiannya hilang kawalan lalu merempuh hutan bakau dan juragan bertindak terjun sebelum melarikan diri serta tidak dapat dikesan.

Hasil pemeriksaan di dalam ruang kedua-dua bot tersebut menjumpai tujuh karung guni berisi 3,300 telur penyu yang disyaki cuba diseludup masuk ke daerah ini dari Filipina, katanya dalam kenyataan.

Mohd Yazib berkata kesalahan dilakukan mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dan nilai rampasan telur penyu itu dianggarkan RM6,600.

Dalam kes berasingan hari ini, beliau berkata sebanyak 200 bungkus tepung gandum yang cuba diseludup keluar ke Filipina dirampas selepas sebuah bot laju ditahan di laut berhampiran Pulau Berhala, pada kira-kira 4 pagi.

Katanya anggota PPM mengesan bot laju itu di kawasan laut Kampung Forest dan apabila dikejar juragan bot laju itu berjaya melarikan diri selepas botnya terkandas di kawasan cetek Pulau Berhala. – BERNAMA

Tags: Telur Penyu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjara Setahun, Denda RM50,000 Miliki 1,769 Telur Penyu

Penjara Setahun, Denda RM50,000 Miliki 1,769 Telur Penyu

22/07/2022
0

SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 ke atas seorang lelaki warga Filipina...

Bakal Muktamad Harga Telur Penyu

10/06/2022
0

Kuala Terengganu : Harga munasabah bagi telur penyu yang dibeli daripada pemajak di Terengganu akan dimuktamadkan kerajaan negeri tidak lama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd