• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thai Gagalkan Cubaan Seludup 400kg Dadah ‘Ice’

oleh Ahmad Albab
03/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thailand menggagalkan cubaan menyeludup 400kg “Ice” (sejenis dadah Methaphetamine) ke Malaysia dianggar bernilai 804 juta Baht (RM100 juta) dengan tertangkapnya 11 anggota satu sindiket, termasuk tiga wanita, pada 28 dan 31 Julai.

Tiga suspek, dua beradik perempuan berumur 20 dan 28 tahun serta seorang rakan lelaki mereka berusia 43 tahun, yang sering membuat perjalanan ke Malaysia, ditangkap di Hatyai pada 31 Julai.

“Ketiga-tiga suspek adalah sebahagian daripada anggota sindiket itu, yang giat menyeludup dadah melalui Sungai Golok. Berdasarkan dokumen perjalanan mereka, ketiga-tiga suspek berkenaan didapati kerap berkunjung ke Malaysia,” kata ketua Biro Pencegahan Narkotik (NSB) Lt Jen Sommai Kongvisaisuk kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau, tiga suspek yang ditangkap di Hatyai itu berasal dari Narathiwat dan memainkan peranan penting dalam kegiatan menyeludup dadah ke Malaysia.

Sommai berkata dadah berkenaan, yang dibungkus kemas dan disamar sebagai produk teh, diisi ke dalam empat kenderaan pacuan empat roda sebelum diseludup ke Thailand dari Laos.

Katanya, sebaik sahaja menerima maklumat perisikan, sekumpulan pegawai menahan kenderaan membawa dadah itu pada pukul 4 pagi 28 Julai di sebuah pusat peranginan di wilayah Khonkaen berhampiran sempadan Laos, dan menahan lima warga Thailand terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita.

Suspek berkenaan, berumur di antara 22 dan 47 tahun, berasal dari Nong Khai dan Petchaboon, daerah di utara dan timur laut Thailand.

“Mereka merancang membawa dadah itu dari Nong Khai ke bahagian tengah Thailand dan Hatyai, sebelum menyeludupnya menyeberangi sempadan ke Malaysia,” katanya serta menjelaskan bahawa tiga suspek ditahan di Hatyai dalam operasi susulan berikutan penangkapan lima suspek itu.

Menurut Sommai, dalam satu lagi operasi susulan, tiga rakyat Thailand ditahan di Nong Khai dan Rayong.

Katanya, pihak berkuasa merampas pelbagai aset milik sindiket berkenaan seperti plot tanah, rumah, kereta dan akaun bank bernilai 18 juta Baht (RM2.25 juta). – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd